HUSAM MUSA : AKIBAT PENEBANGAN HUTAN SG REK,HIDUPAN LIAR TERANCAM.




Surat kelulusan kawasan seluas 11,200 ekar untuk pembalakan tebang habis dan ladang kpd Ladang Rakyat pd thn 2018




Senarai kompartmen Hsk Sg Rek n Sg Durian diluluskan untuk Ladang Rakyat





Gajah Merempat Gara-Gara

Ladang Rakyat Tebang Hutan di Sungai Rek?

Surah Gajah. Al Fiil.

Se hari dua ini, 14 ekor GAJAH, kecil dan besar - merayau masuk kampung di Sungai Rek, Kuala Krai.

Sebagai se orang Islam, kebanyakan Rakyat Kelantan rasanya biasa dengan Surah Gajah. Selalu dibaca dalam solat pun.

Nabi kita - nabi Muhammad s.a.w pun diputerakan pada TAHUN GAJAH.

Gajah seharusnya dekat dengan hati kita.

Tak sayang Gajah ke?

Bila Gajah masuk kampung, apa alamat?

GAJAH MERAYU kepada manusia untuk dapat perhatian. 'Tolong kami!'.

Kalau yg mendengar rayuan itu Kerajaan Islam tulin, mereka pasti segera terpanggil.

Kampung halaman mereka sudah dibinasakan.

Tiada lagi tempat mencari makan dan bermain.

Kenapa?

Kita telah membalak sampai haiwan termasuk GAJAH tidak lagi mempunyai tempat.

MB, TMB dan Exco tak merasa apa-apa. Mereka luluskan hutan simpan untuk di balak. Kebanyakannya tebang habis. Lulus dan lulus lagi. Lulus lagi.

Tak siapa kisah. Pada hal mereka semua Pejuang Islam kan?

Apa mereka buat, semua betul.

Rintihan GAJAH tak ada siapa peduli.

Tapi kita tetap membaca Surah Gajah. Dengan suara nyaring. Imam masjid, pemimpin dan orang biasa.

Tapi kenapa hati kita semua hilang deria ketika GAJAH meminta pertolongan?

Mereka tunggu Gajah melanyak mereka di Padang Mahsyar?

II

Ladang Rakyat Dapat Kelulusan 8,600 Ekar Di Sg Rek Untuk Membalak Tebang Habis Bagi Tujuan Ladang Sawit

Saya menarik perhatian kepada KELULUSAN OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERTARIKH 1 SEPTEMEBER 2017.

Melalui surat Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bertarikh 30 Januari 2018.

Kerajaan Kelantan yang diketuai oleh YAB Dato Ahmad Ya'akob meluluskan seperti berikut :

a. Hutan Simpan Sungai Rek Blok A seluas 1,602 hektar atau 4,000 ekar. Meliputi SEMBILAN KOMPARTMEN iaitu 34, 35, 36, 42, 43, 44, 45, 48 dan 56.

b. Hutan Simpan Sungai Rek Blok B seluas 1,892 hektar atau 4,600 ekar. Meliputi ENAM BELAS KOMPARTMEN 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 59, 60, 61, 62, 63, 65, 66 dan 68.

Jumlah keluasan Hutan Simpan Sungai Rek yang diluluskan kepada LADANG RAKYAT ialah 3,494 hektar atau 8,600 ekar!

c. Hutan Simpan Sungai Durian seluas 1,050 hektar atau 2,600 ekar. Meliputi EMPAT BELAS KOMPARTMEN iaitu 76, 81, 82, 90, 91, 92, 93, 95, 96, 97, 98, 100, 101 dan 102.

Hari ini kita belum nak bahaskan hal Ladang Rakyat.

Baru nak tunjuk Ladang Rakyat antara jenama yg digunakan untuk tebang habis hutan simpan buat ladang.

Mana GAJAH nak duduk?

Luas tu. 11,200 ekar sekali lulus. Hutan Sungai Rek dan Sungai Durian.

Save Kelantan - bukan saja untuk 'SAVE MANUSIA' tapi juga untuk selamatkan makhluk ciptaan Allah yg lain. Termasuk Gajah. InsyaAllah.

Husam Musa

28 Syawwal 1443

29 Mei 2022

#SaveKelantan