Saya hanya tampal dan unjurkan:
Pengenalan:
Saya adalah antara jutaan
“majoriti yang diam” (the silent majority). Kebiasaannya, berdasarkan berita
yang saya baca, saya hanya geleng kepala, mengucap dan menguatkan azam untuk
memilih parti yang mengutamakan atau pentingkan rakyat apabila tiba masanya nanti.
Bukannya mereka yang terlalu taksub dengan pemimpin. Pemimpin hanyalah manusia
biasa, yang boleh dan wajar diganti dari semasa ke semasa.
Latarbelakang:
Tabung Haji (TH) adalah antara
institusi kewangan yang penubuhannya tersangat unik di dunia. Tidak ada mana
mana entiti kewangan yang sedemikian. Niat asalnya, terima wang dari rakyat
jelata, simpan, labur uruskannya sebaik mungkin dengan mematuhi tuntutan
syariah. Tahniah dan syabas kepada pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat dan
mempunyai visi yang sangat jauh dalam membantu merialisasikan impian warga
kampung dan desa untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan
haji.
Kenapa saya bersuara:
Tabung haji telah melakukan
kesilapan dengan melantik seorang pengerusi yang tidak pengetahuan, tidak
berkelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam bidang kewangan. Ramai
lagi warga melayu asli yang lebih layak. Namun, saya sepertu yang lain, hanya
mengeluh dan menggeleng kepala apatah lagi pengerusi yang baru merayu di
berikan peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Pemilihan beliau terbukit silap
berdasarkan kemelut pembelian tanah yang terbaru dari 1MDB.
Namun beliau tidak harus
dipersalahkan bersendirian. Di mana ahli lembaga pengarah yang lain? Yang
terpelajar, yang berpengalaman, di mana mereka? Yang, seperti yang di
canangkan, sememangnya urusan pembelian ini “bersih” atas kertas. Tabung Haji
boleh melabur dalam bidang hartanah seperti mana kebiasannya. Persoalanya, 1MDB
beli pada harga yang teramat rendah. 1MDB, kini berdepan dengan masalah aliran
tunai. Mana-mana ahli perniagaan yang mahir dan bijak akan cuba mendapatkan
sesuatu pada harga yang terbaik. Harga yang dibayar untuk tanah yang dibeli
bukanlah harga terbaik. 1MDB mempunyai terlalu banyak masalah dan terdapat
kemungkinan untuk jatuh muflis. Tabung Haji sepatutnya tunggu sehingga 1MDB
menjual asetnya pada harga lelong, lambat laun mereka terpaksa berbuat
demikian, jika tidak dibantu oleh tangan-tangan ghaib. Kenapa tidak tunggu.
Jika TH benar benar perlukan tanah tersebut kenapa tidak dibeli terus dari
kerajaan. Tanah tersebut sedia wujud dan milik kerajaan sebelum ini. Bukankah
TH wujud sebelum 1MDB lagi. Bukankah penaung TH Perdana menteri sendiri di mana
terdapat wakil dari Jabatan Perdana Menteri selaku ahli lembaga pengarah?
Saya bersuara kali ini kerana
berpendapat pengurusan TH telah berlaku tidak adil kepada pencarum. Duit yang
disimpan oleh rakyat jelata yang 100% beragama Islam, yang dikumpul sen demi
sen dengan menitiskan keringat dan darah, telah digunakan untuk tujuan yang
mencurigakan.
Pengurusan Tabung Haji mesti
dihukum.
Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak
yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum
mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan
bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan
caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk
atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.
Ini harus berterusan sehingga
pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda
mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan
jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain.
Kesimpulan:
Jika anda beragama Islam,
mempunyai kesedaran bahawa wang yang disimpan oleh rakyat jelata di TH adalah
untuk menunaikan tuntutan Islam. Bertindaklah. Bertindaklah menghukum mereka
sekarang sebelum berbilion ringgit hilang. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.
Yang Benar,
Noor Mohamed. B Mohamed Haniba
BSc, MBA, ICSA (MAICSA:706746)
Bidor, Perak
Pls forward this. I take
responsibility for what I write.