Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau membuat keputusan yang tepat dalam menamatkan perkhidmatan Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara pada Jun 2018
Dalam satu kenyataan, bekas perdana menteri itu kesal dengan keputusan Putrajaya untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah bulan lalu dalam saman RM2.23 juta yang difailkan Apandi terhadapnya dan kerajaan.