APA PUNYA WALAUN DAA....ORANG KATA TAK MAU YANG DOK PE TERHEGEH HEGEH TU TAK MALU KA ....NAK TUMPANG TUI UMNO KOT...

 

Biar ditolak presiden Umno, PAS tetap teruskan agenda penyatuan ummah



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
PAS komited meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak usaha tersebut, kata Ketua Penerangannya Khairil Nizam Khirudin.

PETALING JAYA: PAS komited meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak usaha tersebut.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin, berkata parti itu sedia untuk bersama pemimpin Umno yang masih yakin dengan kerjasama dua parti itu dalam menjayakan agenda penyatuan ummah

“PAS memberi jaminan bahawa PAS akan teruskan agenda penyatuan ummah ini meskipun presiden Umno menolaknya secara total. Untuk pemimpin Umno yang masih yakin bahawa PAS dan Umno adalah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan untuk meneruskannya.

“PAS berpendirian bahawa dalam usaha kita membangunkan negara Malaysia yang adil dan makmur, negara ini mestilah dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam selaku kelompok majoriti di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, PAS menyeru semua parti Islam dan Melayu duduk semeja dan memikirkan nasib generasi umat Islam di negara ini agar lebih terpelihara serta dibela dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan politik, berteraskan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Khairil berkata, PAS juga tidak akan bersama mereka yang dibuktikan bersalah melakukan pecah amanah, salah guna kuasa serta mengamalkan rasuah dalam kepimpinan.

“Agenda penyatuan ummah yang dibawa oleh PAS adalah berteraskan kepada prinsip Islam – memimpin, keadilan untuk semua (termasuk kepada musuh), dan Ummah sebagai Keluarga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama yang tidak ekstrem melawan Islam.

“PAS berterima kasih kepada semua pemimpin politik negara yang berjiwa besar serta terus komited dalam agenda penyatuan ummah yang diakui keberkesanannya seperti yang kita lihat di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang,” katanya.

Beliau berkata, semangat kebersamaan ini juga dilihat kukuh di peringkat akar umbi meskipun ada segelintir pemimpin dilihat semakin hilang kepercayaan serta putus harapan.

“Tahniah buat semua barisan kepimpinan PAS dan Umno di negeri-negeri tersebut dan juga untuk perdana menteri kita yang sentiasa terbuka menyokong penyatuan ummah dalam kalangan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Zahid menyifatkan PAS sebagai “talam dua muka”, namun parti itu berpandangan konsep penyatuan ummah digagaskan parti itu dan Umno di bawah payung MN adalah formula terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Zahid turut memaklumkan kerjasama parti itu dengan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang PRU15.