AHLI PKR AKAN TENTUKAN PARTI KALAH MENANG

 

MOHD SHAH RIM

Aku minta maaf, tak dapat replied inbox rakan rakan yang tanya status terkini pemilihan PKR, sebab tak follow sgt, cuma dari hint rakan rakan, kem khemah besar akan menang mengalahkan kem Ayuh Malaysia.. jika benar dakwaan ini, aku ucapkan tahniah pada yang menang, dan yang tewas teruskan usaha membantu parti menjelang PRU yang dijangka tidak lama lagi..

Pengundi tidak berparti mengharapkan Rafizi Ramli akan menang tapi ahli parti ada kuasa menentukan pemimpin mana yang mereka rasa

terbaik

untuk parti. Ini bermakna PKR terpaksa mengharapkan sokongan ahli parti untuk menang di PRU nanti, dan bakal mengulangi pencapaian di PRN Sarawak, Melaka dan Johor dimana pengundi fence sitter voters kurang minat untuk menyokong calon calon PKR dan PH.

Aku merasakan kedudukan Rafizi Ramli jika menang pemilihan PKR dapat menarik kembali sokongan penyokong tidak berparti walaupun mereka tidak menyokong Anwar Ibrahim, mungkin sokongan akan meningkat kerana posisi Rafizi Ramli sebagai Timb Presiden PKR.

Ni pandangan aku saja, boleh tidak bersetuju dan meraikan perbezaan pandangan...nak kritik dan hentam aku pun tak de masalah tapi ni prinsip aku, sedia mengkritik dan bersedia dikritik..

Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.