Kalau belanja makan sebuah keluarga terdiri dari empat orang
(suami, isteri dan dua anak) RM49 sehari, RM490,000 tu cukup untuk belanja bagi
100 keluarga untuk tempoh 100 hari.
Tak mahu komen apa isu kubah tu. Cuma kalau kita nak berinfaq,
kita renungkan sejenak ke mana infaq kita akan dibelanjakan. Mana yang lebih
utama, beri orang makan atau kubah yang mewah?
Nabi saw menyukai sedekah. Dan Nabil saw benci terhadap
pembaziran, biarpun atas nama agama. Jadi fikirkanlah sendiri dengan gunakan
akal yang dipandu oleh iman. Guane boh?