BELLA
1. Bella dalam bahasa Itali maksudnya “cantik”. Lembut hati
dengar, bila kita panggil anak istimewa dengan nama tersebut.
2. Saya percaya, ramai mengikuti perbicaraan kes dera Bella.
Remuk hati kita membaca bagaimana Bella didera makan najis dan muntah, disimbah
air panas, luka dan mulut dicili.
3. Kesemua cerita itu datang dari beberapa saksi pendakwaan yang
pada saya konsisten memberi keterangan. Keterangan mereka tak jauh beza antara
mereka. Maka boleh diterima sebagai kredibel.
4. Datang Peguambela OKT (dikhabarkan sampai 10 orang), ada yang
post di media sosial soalan2 dan taktik2 dalam mahkamah untuk membela OKT. Ada
yang sampai bergaduh dengan netizen dan burukkan saksi pula. Perlukah begitu
ya?
5. Pada saya, tugas peguam membela klien dalam Mahkamah. In the
court of law. Agak janggal kalau peguam terlalu fokuskan “the court of public
opinion”. Tambah pula untuk feed media sosial. Ada yang mula persoalkan
profesionalism mereka.
6. Lagi satu yang saya tertanya2. Kalau pun orang lain yang
mendera, bak hujah peguambela, adakah penjaganya boleh buat tak tahu dan basuh
tangan saja? Ini bukan satu dua hari punya cerita. Kita nampak pelbagai luka
Bella ada, baru dan lama. Tak masuk akal pada kita.
7. Bulan baik hari baik ini, mari kita doakan keadilan ditegakkan
untuk yang paling teraniaya, iaitu BELLA. Apa pun kata peguambela, yang pasti
Bella confirm didera, takde sekelumit pun salah dia.
8. Moga nasib beliau terbela, dan masa depan beliau terjaga,
secantik namanya…
Salam hormat,
Liyana Marzuki