“Sirim dibuat untuk banteras peIitup muka hauk di pasaran..” Jovian Menantu PM
Baru-baru ini, kec0h mengenai pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan SIRIM sehingga menerima pelbagai reaksi negatlf netlzen yang disifatkan ‘menyusahkan’.
Bagi pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie, dia menyambut baik pelaksanaan tersebut kerana pelitup muka di bawah jenamanya sudah diperakui selamat selain dalam proses bagi mendapatkan logo SIRIM.
“Tak perlu panlk, boleh gunakan Jovian Mask tanpa was-was. Cop SIRIM kami pun dah on the way,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagram baru-baru ini.
Jovian yang juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka dihasilkannya juga telah diiktiraf oleh Medical Device Authority (MDA) dua tahun lalu.
Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia menegaskan bahawa pelaksanaan tersebut adalah langkah terbaik bagi menghapuskan pelitup muka tidak berkualiti yang ‘bersepah’ dijual di pasaran.
“Undang-undang Sirim dilakukan untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada pengesahan MDA.
“Jadi kalau anda ada MDA atau Sirim, baru boleh jual pelitup muka. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak,” ujarnya.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan semalam berkata, penguatkuasaan pelitup muka Sirim ditangguhkan dari 4 Julai tahun ini kepada 1 Januari 2023.
Baru-baru ini Kerajaan bersetuju menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka bukan perubatan yang sepatutnya pada 5 Julai ini kepada 1 Januari depan.
Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ekoran reaksi awam termasuk pihak industri terbabit. “Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata beliau pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri di sini hari ini.
Sesi khas itu membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM.
“Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkltan” katanya
sumber : Omm & kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: