Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian terkait acara debat beliau bersama Dato' Seri Najib Razak.
Beliau tegaskan debat ini harus terbuka untuk tontonan umum.
Malah, penglibatan media juga harus terbuka dan tidak terhad kepada hanya satu portal berita sahaja. Agensi akhbar atau berita arus perdana harus ambil bahagian dalam usaha untuk mencambah budaya wacana yang sihat dan terbuka.