PH Tidak Perlukan PPBM Raih Sokongan Melayu - Rafizi.
Keyakinan begini yang kita mahukan. Amat tepat. Seperti yang Rafizi katakan, orang yang mengundi berdasarkan sentimen agama akan mengundi PAS manakala yang sentimennya adalah kaum, akan memilih UMNO.
Yang mengundi PH mahukan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup. Jadi itu sebenarnya yang PH perlu tawarkan. Kalau PH pun main sentimen kaum dan agama, apa beza PH dengan mereka?
Kekalahan PH dalam semua PRN adalah kerana kurangnya keyakinan rakyat terhadap politik. Rakyat tidak melihat PH berbeza dengan UMNO dan PN. Jadi untuk apa lagi rakyat keluar mengundi?
Rafizi juga katakan kajian Invoke mendapati 60 ke 70 peratus pengundi mengatakan keadaan ekonomi amat penting. Pengundi yang akan mengundi atas sentimen agama atau kaum hanya 9 peratus saja.
Wow... Walaupun tidak aktif, nampaknya Rafizi masih bekerja melalui Invoke untuk memahami kehendak pengundi dan keadaan politik semasa. Patutlah bila aktif semula, Rafizi sudah tahu apa yang perlu PH lakukan.
Kehadiran semula Rafizi dalam arena politik tanah air umumnya dan Keadilan khasnya telah segera mengubah lanskap politik negara. Semoga Rafizi terpilih sebagai Timbalan Presiden Keadilan dan seterusnya membawa Keadilan dan PH ke mercu kejayaan. Guane boh?