Maaf cakap, tapi aku rasa Amanah ni bodoh.
Entah kenapa dia masih percaya gabungan semua pembangkang boleh
tewaskan BN. Cuba tengok keputusan PRN Melaka dan Johor. Pejuang dan Warisan
ditolak sama sekali.
Cuma Muda dapat nyawa di Johor, itupun atas kebodohan pemimpin
Amanah sendiri. Kerusi yang jelas boleh dimenangi diberikan kepada seteru. Dah
rugi satu kerusi.
Kerjasama dengan Pejuang dan Warisan juga Muda cuma akan rugikan
PH kerusi. Dan jangan lupa parti itu yang khianati PH kerana sikap tamakkan
kuasa mereka. Kalau kerjasama lagi, dan mereka masih tamak dan khianati PH,
macamana? Tak serik?
Kalau Amanah masih berpendirian sebodoh ini lagi, aku setuju
100% agar Keadilan tinggalkan PH. Tak guna duduk dengan mereka yang dungu.
Kerjasama dengan Pejuang dan Warisan akan menarik PH sama ke dasar lubuk dan
akhirnya lemas.
Aku rasa ahli akar umbi Amanah lebih ramai yang cerdik dari
pemimpin yang ada sekarang. Sebab nak sangat kuasa, sampai jadi tak rasional.
Makin lama makin jauh dengan rakyat. Lupa sentimen rakyat. Mujurlah aku awal
dah tinggalkan Amanah. Guane boh?