NAJIB
CUAI MENJAGA PELABURAN RAKYAT SEMASA MENJADI MENTERI KEWANGAN
Selepas
saya mendedahkan bagaimana Sapura membayar RM983 juta kepada pengarah eksekutif
sepanjang tempoh Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, dia cuba
mencuci tangan dengan memberi alasan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan
tidak ada kuasa dalam urusan syarikat swasta.
Katanya,
Sapura hanya menjadi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada tahun 2019,
oleh itu dia tidak berkuasa untuk campur tangan walaupun keputusan-keputusan
Sapura membayar sedemikian rupa kepada pengarah eksekutif merugikan pelaburan
PNB sebagai pemegang saham minoriti.
Sebagai
Menteri Kewangan ketika itu, berhubung isu kewangan Sapura secara
keseluruhannya, Najib mempunyai dua tanggungjawab dan tugasan yang jelas:
1.
Pertama – untuk memastikan pasaran modal negara (iaitu pasaran saham)
berkembang sihat dan berupaya menarik minat pelaburan dalam dan luar negara,
baik dari kalangan pelabur institusi atau pelabur perseorangan.
2. Kedua
– untuk memastikan pelaburan PNB di dalam Sapura dan transaksi kewangan Sapura
dengan badan korporat lain yang berkepentingan rakyat (seperti bank-bank,
PETRONAS dan lain-lain) memberikan nilai pulangan
terbaik
kepada
rakyat.
TUGAS
MENGAWAL SELIA PASARAN MODAL
Keupayaan
pasaran modal negara (seperti yang dikendalikan Bursa Malaysia) menarik pelabur
bergantung kepada kepercayaan pelabur bahawa hak dan kepentingan mereka akan
dilindungi. Sebahagian besar pelabur (dari dalam dan luar negara) akan menjadi
pemegang saham minoriti dalam syarikat-syarikat di pasaran saham negara.
Sekiranya
kerajaan dan badan yang mengawal selia pasaran modal tidak memastikan hak
pemegang saham minoriti dijaga, mudahlah syarikat-syarikat mengambil wang dari
pelabur awam dan seterusnya membelanjakan wang itu seolah-olah keseluruhan dana
itu dari poket mereka (sedangkan hanya ~40% dari pemegang saham majoriti,
selebihnya dari pemegang-pemegang saham minoriti).
Untuk
memastikan pemegang saham majoriti tidak boleh membelanjakan wang syarikat
sehingga berlaku tidak adil kepada pemegang saham minoriti, ada dua peruntukan
undang-undang yang digubal, iaitu:
i. Akta
Syarikat 2016
ii. Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
Dalam
kedua-dua akta ini, kuasa dan tanggungjawab diperuntukkan khusus kepada Menteri
Kewangan untuk memastikan hak pemegang saham minoriti terjaga demi menjamin
perkembangan sihat pasaran modal negara.
Selain
dari kuasa khusus kepada Menteri Kewangan untuk melindungi hak pemegang saham
minoriti, akta-akta ini juga memperuntukkan keadaan-keadaan seorang pemegang
saham minoriti dikira telah dianiayai oleh pemegang saham majoriti, contohnya:
-
Penyalahgunaan harta syarikat oleh pemegang saham majoriti
-
Keuntungan dialihkan dan dibayar kepada pemegang saham majoriti sehingga
menidakkan bayaran dividen kepada pemegang saham minoriti
-
Kegagalan membayar dividen yang secukupnya kepada pemegang saham minoriti
Dalam isu
pembayaran RM983 juta kepada pengarah eksekutif yang mewakili pemegang saham
majoriti dalam keadaan kepentingan pemegang saham minoriti terabai, alasan
bahawa keputusan-keputusan itu adalah hak syarikat swasta semata-mata adalah
alasan kurang cerdik dari Najib.
Sapura
bukanlah syarikat swasta biasa, ia adalah syarikat awam yang mengambil wang
dari rakyat biasa yang menjadi pemegang saham minoriti. Tindak-tanduknya
tertakluk kepada akta-akta tertentu untuk menjaga kepentingan awam yang menjadi
pemegang saham minoriti.
Sebagai
Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengawal selia pasaran modal dan
melindungi hak rakyat biasa yang menjadi pemegang saham minoriti, Najib cuai
sehingga menyebabkan sedemikian bayaran kepada pengarah eksekutif sedangkan dia
ada kuasa untuk memperbetulkan keadaan di bawah akta-akta tertentu.
AMANAH
MENJAGA PELABURAN PNB
Selain
dari tugas am sebagai Menteri Kewangan untuk mengawal selia pasaran modal,
Najib juga bertanggungjawab memastikan pelaburan PNB di dalam Sapura memberi
pulangan
terbaik
kepada
rakyat.
Tanggungjawab
itu datang dari dua perspektif:
1.
Pertama – sebagai Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra yang memiliki PNB. Dia
bertanggungjawab memastikan portfolio pelaburan PNB memberi pulangan yang
terbaik
kepada
rakyat.
2. Kedua
– sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memastikan
pelaburan GLIC (seperti PNB) dan GLC mengikut Program Transformasi GLC
2005-2015.
Secara
khusus, Perkara 3.2.4 dalam Manual Transformasi GLC 2005-2015 menetapkan bahawa
GLIC (termasuk PNB) perlu menghantar laporan setiap tiga bulan kepada
Jawatankuasa Transformasi GLC (PCG) yang dipengerusikan Najib sendiri untuk
menilai portfolio pelaburan mereka.
Ini
bermakna, walaupun Sapura bukan dikira GLC semasa Najib menjadi Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan, dia bertanggungjawab sebagai pemegang amanah PNB untuk
membantah sebarang urusan yang merugikan PNB.
Lebih
dari itu, kawal selia portfolio pelaburan PNB (termasuk pelaburan bukan
majoriti seperti pelaburan di dalam Sapura) tertakluk pula kepada Program
Transformasi GLC yang dipengerusikan beliau sendiri.
Najib
boleh cuba menipu rakyat dengan alasan-asalan mudah yang diberikan oleh admin
media sosialnya, tetapi dia tidak boleh lari dari rekod cuainya yang diketahui
dunia.
Sebab
itu, gesaan Najib supaya Kerajaan Persekutuan menyelamatkan Sapura menggunakan
wang rakyat perlu disanggah untuk menunjukkan wajah sebenarnya Najib kepada
pengundi atas pagar.
RAFIZI
RAMLI