MENYATAKAN KEPUTUSAN RETREAT PH DI PD, SALAH SAIFUDDIN NASUTION KAH?

 


MENYATAKAN KEPUTUSAN RETREAT PH DI PD, SALAH SAIFUDDIN NASUTION KAH?

Umpama mendapat modal politik terpijak yang ditunggu sekian lama, akhirnya mereka kutip kenyataan SU Sekretariat PH yang juga SUA Keadilan, YB Dato Seri Saifuddin Nasution tentang 'khemah besar".

Hakikatnya tiada modal lagi. Mahu tuduh Saifuddin pernah perlekehkan Presiden, tiada. Mahu serang Saifuddin kerana kecewa dan merajuk setelah tewas sesuatu pertandingan di dalam parti, pun tiada. Mahu kata Saifuddin pernah tubuh syarikat meniaga dan rugi, langsung tidak berkaitan. Paling tidak, modal mereka sebelum ini tuduh Saifuddin 'cabut' ke Indonesia pada awal tercetusnya reformasi. Modal tersebut tenggelam awal kerana semua tahu fakta sebenar yang berlaku ketika itu.

Maka, terbaru mereka kutip kenyataan SU Sekretariat PH itu yang menyatakan PH sentiasa membuka pintu rundingan atau kerjasama dengan parti-parti selain PH. Sebenarnya, Saifuddin hanya menyatakan keputusan PH yang diputuskan di Retreat Port Dickson bahawa PH bersedia untuk 'khemah besar" dengan beberapa syarat yang telah digariskan. Ertikata lain, kerjasama 'khemah besar' itu bersyarat. Salahkah Saifuddin selaku Setiausaha Sekretariat PH menyatakan keputusan PH? Bukankah itu tugas beliau? Kenyataannya tiada menambah dan mengurang dari apa yang diputuskan.

Isu ini timbul kerana pemilihan parti, itu saja. Walhal kita semua tahu siapa watak-watak yang berunding dengan Mahathir sebelum PRU14 yang lalu. Bukankah mereka juga membawa tugas yang diamanahkan oleh parti? Mahathir khianat membantu langkah Sheraton dan kerajaan PH tumbang, wajarkah kita menyalahkan mereka yang berunding itu? Tidak, kerana bukan salah mereka. Mereka hanya lakukan apa yang parti arahkan. Begitu juga dengan strategi 'Kajang Move". Kita tahu sangat watak di dalam plan untuk menggugurkan TSKI sebagai MB Selangor waktu itu. Berjayakah "Kajang Move"? Gagal, selain dari TSKI berjaya dijatuhkan, tetapi yang naik adalah Azmin. Apakah menaikkan Azmin itu hasrat sebenar Keadilan? Oh tidak. Kita tidak menyalahkan pakar strategi yang gagal waktu itu kerana plan tersebut telah mendapat restu parti. Dia hanya lakukan tugas.

Begitulah apa yang Saifuddin lakukan sebagai Setiausaha. Menyatakan apa yang telah diputuskan bersama. Mungkin selepas ini keputusannya berlainan dan Saifuddin akan menyatakan juga kepada umum.

Serangan kepada Saifuddin dua tiga hari ini amat hambar sekali. Tidak perlu rasanya SUA Keadilan itu menjawabnya. Serah kepada AJK Ranting sahaja untuk menjawabnya.

Pemilihan parti bulan depan. Saifuddin Nasution telah umumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya merasakan inilah masa terbaik

untuk mengangkat beliau sebagai TP. Sejak kekosongan TP beberapa tahun yang lalu, Saifuddin terlalu banyak habiskan masanya untuk memikul tugas sebagai TP dalam waktu yang sama beliau adalah SU Sekretariat PH dan SUA Keadilan.

Sehubungan itu, jika jawatan itu perlu diisi melalui pemilihan parti kali ini, amat sukar untuk difahami jika Saifuddin menolak dari menawarkan diri bagi menjawat jawatan kedua terbesar di dalam parti tersebut.

Apa yang penting, kalah atau menang, parti harus kita dokong setiap masa. Kecewa atau putus asa, apatah lagi merajuk, itu tiada dalam kamus seorang pejuang.

#saif4tp

WFAUZDIN NS