Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Tunku Abdul Rahman University
College (TARUC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) semalam menyuarakan
bantahan dan menolak kehadiran kuliah fizikal secara paksa.
Menurut Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Wan Afiq
Ikhwan Wan Alias (gambar, tiga dari kanan), pemaksaan hadir kuliah fizikal secara itu amat bertentangan
dengan amalan sebelum ini yang mana pihak universiti menjalankan kuliah secara
hibrid.
"Semesta kedua UM bermula pada 14 Mac. Sebelum ini beberapa
fakulti telah mengadakan kuliah secara hibrid manakala fakulti lain seperti
undang undang, perniagaan perakaunan, sastera dan sains sosial mengadakan
kuliah dalam kelas sepenuhnya. Namun pada minggu akademik kedua dibuat
pengumuman mengejut bahawa kelas fizikal akan dijalankan
"Pengumuman ini membuat pelajar terkedu. Berdasarkan tinjauan
mahasiswa UM, 80% responden tidak membuat perancangan berkenaan perubahan ini
disebab oleh kekangan kewangan, masalah kesihatan dan pelan pembelajaran.
"Secara kebetulan TARUC dan UTAR juga menerima pengumuman
peperiksaan akhir dibuat secara fizikal tanpa pengecualian.
"Majlis perwakilan pelajar telah menyatakan kebimbangan
kepada pihak pengurusan universiti, juga beri bukti ketidakpuasan hati pelajar
terhadap pemeriksaan fizikal dan keperluan mereka menduduki peperiksaan dalam
talian telah dinyatakan secara perbincangan. Malangnya mereka memekak telinga
dan peperiksaan fizikal masih dijalankan," katanya.
Menurut Wan Afiq, organisasi pelajar enggan menerima cadangan
tersebut kerana beberapa faktor antaranya ketidakcukupan penginapan.
Tegas beliau, penginapan di UM tidak mampu menampung 80% mahasiswa
di kolej kediaman. Lebih 20% mahasiswa terpaksa duduk sekitar 10 kilometer dari
UM.
"Dalam masa sama pelajar TARUC, dan UTAR telah dipaksa selama
beberapa minggu merentas negeri demi peperiksaan fizikal tetapi tiada
penginapan ditawarkan kepada mereka.
"Keputusan pulang kampus ini juga tidak mengabilkira pelajar
yang bakal menamatkan pengajian selepas semesta ini.
"Tidak realistik mereka mencari penginapan yang membenarkan
sewa setengah semesta atas nama peperiksaan akhir," katanya.
Selain itu, kata beliau, universiti juga tidak dapat menawarkan
SOP berkesan untuk mengurangkan penularan Covid 19.
Katanya pelajar yang dijangkiti Covid akan ketinggalan dalam
pembelajaran mereka kerana tiada kelas dalam talian.
Justeru, persatuan persatuan pelajar itu merayu agar kuliah
dijalan secara hibrid seperti sebelum ini. Pelajar hadir ke kuliah secara
fizikal secara sukarela.
"Kami juga menyarankan pihak universiti menjalankan
sepenuhnya peperiksaan akhir dalam talian bagi semesta ini dan memastikan SOP
lebih komprehensif bagi mahasiswa dan mahasiswi dalam kampus
"Pelajar adalah pemegang taruh utama universiti. Oleh itu
pihak berkenaan perlu mengambil kira pendapat pelajar sebelum membuat sebarang
keputusan berkaitan mereka," katanya lagi.