1. Semalam Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tumbang melalui undi tidak percaya di Parlimen. Perdana Menteri baru yang dilantik namanya Shahbaz Shariz. Dia ni geng Kluster Mahkamah, adik kepada bekas PM, Nawaz Shariz. Bekas PM yang kena buang negeri sebab kes korupsi.
2. Shahbaz juga punya banyak kes rasuah di Mahkamah, tersusun tunggu masa nak habis bicara. Lepas naik jadi PM, Pendakwaraya “dicutikan”. Ramai jangkakan sikit lagi semua tuduhan akan digugurkan.
3. Ramai kata Pakistan tiru Malaysia. Kita dah ada Langkah Syaiton eh, *Sheraton lagi awal. Cuma satu je yang lain saya boleh cakap. Kat Pakistan depa elok je masuk Parlimen pakai undi tak percaya. Kita lagi hebat. Setakat pakai SD saja, PM boleh tumbang
4. Anyhow, rakyat Pakistan marah dengan apa yang berlaku. Rakyat masih sayangkan Imran Khan ni. Dia bekas Kapten pasukan kriket yang memang sangat terkenal. Ada setengah Wakil Rakyat kena pukul dengan rakyat setempat sebab buat undi tak percaya terhadap Imran Khan. Sampai macam tu sekali rakyat sayangkan dia.
5. Tapi apakan daya? Mereka undi elok2 masa pilihanraya, lain yang naik jadi PM. Sama la di Malaysia. Set2 ni bukan kira. Dah namanya political animal. Diaorg utama tekak diaorg dulu daripada kita.
6. Apa yang kita boleh belajar? Mereka selalu guna cogankata #PeopleFirst. Bila nak pilihanraya ditatangnya kita semua. Dah dapat kuasa, set2 ni berebut pula. Menyusahkan kita, sampai tak stabil negara.
7. Makanya, kena selalu ingat, kuasa kita hanya sekali dalam 5 tahun. Gunakan sebaik2nya.
8. Jangan lagi pangkah menonong ikut parti. Atau ikut sentimen kaum dan agama. Tengok kan juga kualiti yang hendak diundi. Cari set2 yang bijak pandai dan ikhlas, penting untuk tadbir urus negara dan jaga rakyat.
9. Yang paling patut dielakkan geng2 penyamun dan perompak. Jangan bagi mereka kembali berkuasa.
10. Jangan dari Langkah Pakistan jadi Langkah Malaysia. Nescaya huru hara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki