Ada orang tunjukkan aku satu posting yang SCRUT Rafizi. SCRUT tu
menatang apa aku pun tak tahu. Tapi dalam posting tu dia tunjukkan yang
syarikat Rafizi mengalami kerugian. Dakwaan yang lebih dahsyat lagi, Rafizi
buat come back sebab dah rugi.
Aku bukan Rafizi jadi aku tak mampu nak jawab semua tuduhan itu.
Cuma yang aku boleh kata, aku tak ingat Rafizi claim syarikatnya untung puluhan
juta ringgit. Apa yang paling penting, Rafizi tak guna wang rakyat, kemudian
buat beli barangan mewah.
Tapi yang aku nak sangat sentuh bila tanggapan dibuat yang
Rafizi kembali dari persaraan kerana sudah rugi dan mahu menumpang populariti
Najib. Pertama, Rafizi tak bersara. Beliau hanya bercuti. Itu setakat yang aku
ingat. Tak wujud soal bersara.
Kedua, kalau betul Rafizi buat come back selepas syarikatnya
rugi pun, itu bukan satu masalah bagi penyokong Keadilan kerana kreativiti dan
strategi Rafizi memang ditagih. Bukan baru-baru ini saja tapi sejak awal beliau
bercuti lagi. Penyokong suka dan memang mahu Rafizi kembali.
Yang kepanasan hanyalah Najib, UMNO/BN, para machai mereka dan
pihak yang merasakan Rafizi sebagai persaingan mereka. Oh ya! Dan juga geng
khemah besar. Tapi bagi akar umbi, kembalinya Rafizi menyemarakkan semangat
perjuangan.
Dan akhir sekali, bab menumpang populariti Najib. Sebenarnya tak
wujud keadaan itu. Kerana Rafizi memang sejak azalinya sentiasa menyerang
Najib. Kerana Najib adalah sasaran mudah. Najib terlalu selalu buat kesilapan
yang bodoh.
Dan kalau ya pun Rafizi tumpang populariti Najib, ianya berlaku
'atas kerelaan' Najib sendiri. Kerana Najib yang biarkan dirinya jadi sasaran.
Bayangkan kalau Najib tak menggatal suruh bail out Sapura guna wang rakyat,
macamana Rafizi nak serang?
Kalau dengan menumpang populariti Najib, Rafizi mampu selamatkan
duit rakyat, jadi apa salahnya? Adakah kita lebih rela melihat wang rakyat
lebur berbilion-bilion tatkala marhaen merintih harapkan bantuan namun tidak
diendahkan hanya semata mata kerana tidak mahu dikata tumpang populariti?
Bukan tumpang populariti jadi isu utama tetapi dana rakyat boleh
disalah guna. Musuh akan kata apa saja. Apa lagi kalau usaha itu boleh gagalkan
rancangan jahat mereka. Tumpang populariti Najib atau tidak, yang pasti, Rafizi
berjaya halang satu tindakan yang mungkin merugikan negara.
Jadi biarlah apa yang nak digelarkan kepada Rafizi. Tak menjadi
kudis. Pendedahan tentang Invoke atau dipanggil SCRUT ini, tak menunjukkan
Rafizi jahat pun. Tapi pendedahan Rafizi tentang Najib, berjaya membuka mata
rakyat melihat kebenaran.
Seperti yang aku tulis awal-awal lagi, bukan niat aku untuk
nafikan apa yang ada dalam posting tersebut. Aku sekadar berkongsi pendapat.
Apa yang penting, kita kena ingat orang seperti Rafizi akan sentiasa berhadapan
dengan pembunuhan karakter. Jangan terkejut jika itu berlaku. Guane boh?