KENAPA KITA PERLU MASUK CAMPUR URUSAN BELLA.




Malar Santhi Santherasegapan 

YteronSps2c13hdl t7rig0ea0:m 2eyast6  · 

Ramainya lah yang menyuruh dan "mengarahkan" netizen untuk TIDAK MASUK CAMPUR dalam kes Bella.

Perjuangan dalam #justiceforbella tak sama dengan kes viral KakLong7e , atau kes pensyarah maki student atau kes viral nelofar rentas negeri beli karpet, no tak sama!! Kalau korang follow #CelotehDrMalar , saya tak pernah komen mana² isu seperti di atas.

Tapi isu Bella ni lain!! Isu Bella ni saya siap hadirkan diri ke mahkamah. Its that important!

Ini isu penderaan kanak kanak!

Ini isu sebuah "rumah kebajikan" yang telah melanggar tanggungjawabnya!!

Ini isu yang mana orang² terbabit cuba menutup mata dan mulut netizen sejak awal lagi.

Ini kes di mana OKT gagal direman atas dasar technicalities, yakni polis mohon reman terlebih 24jam, so mahkamah tak luluskan. (Siapa ingat?)

Ini isu pertempuran di antara gajah dan semut. Saya tak kata gajah dari segi saiz tau, korang jangan macam macam Description: 🤭

Yang saya maksudkan gajah bertempur dengan semut adalah OKT yang tinggi dari segi pengaruh, kedudukan, wang, kuasa dan macam² lg. Manakala Bella yang saya umpakan sebagai semut adalah seorang kanak kanak, kurang upaya pulak tu, orang biasa, yatim pulak tuh.. adil ke pertempuran ini jika kita berdiam diri?

You all tahu tak? Waktu kes ni mula² viral dulu, salah seorang peguam SB membawa naratif bahawa penderaan tidak berlaku. Hanya air panas tertumpah atas adik Bella, katanya tertumpah dari dispenser Cuckoo (rujuk comment) dari kepala ke seluruh badan. (rujuk gamba). Tak logik langsung cerpen loyar tu tau!! Description: 😣

Dia ingat kita bodoh ke?? Description: 😭

Saya taknak bagitahu peguam bijak mana yang menulis cerpen imaginasi sebegini rupa, yang penting ini status FB salah seorang peguam SB sekarang.

Jadi percayalah, jika kita berdiam diri, mungkin begini lah naratif yang akan dibawa oleh mereka. Walhal, laporan dari doktor pakar yang merawat Bella telah mengesahkan bahawa Bella didera berkali kali secara fizikal dan mental.

Jika kita berdiam diri untuk anak orang lain hari ini, esok lusa bila anak kita menderita, orang lain pun akan pandang je.

Bila kita meronta melaung meminta sokongan dan bantuan, takde orang nak tolong anak keluarga kita.

So, jom lah kita berjuang demi seorang anak. Description: ❤️

Tak susah pun nak berjuang, tak perlu maki OKT, tak perlu caci peguam mereka, hanya nyatakan solidarity anda kepada #JUSTICEFORBELLA

Follow kes ni rapat², ambil tahu, follow Kak Mona Din , Peguam Mahmud Jumaat dan juga Aliff Ahmad III .

Jangan takut dengan ancaman dan ugutan konon nnt kena saman dan sebagainya.

Yang penting, sisipkan Bella dalam doa anda saban hari.

Nescaya, pintu hati Tuan Hakim akan terbuka, dan kebenaran dapat ditegakkan. Description: 🙏Description: 🤲Description: 🙏Description: 🤲

Coretan ikhlas oleh,

Malar Santhi Santherasegapan,

Ibu Anak 2

#celotehdrmalar

#justiceforbella