Dia buat lagi dah si Najib ni...
Najib suruh kerajaan perkenalkan semula GST dan mendakwa GST
dari sektor ekonomi yang untung boleh membantu sektor yang kerugian.
Pendirian aku, GST memang bagus. Banyak negara telah amalkan GST
dan ia sistem cukai yang sangat berkesan. Tapi masalahnya perlaksanaan.
Pertamanya, ketika diperkenalkan dahulu, GST telah meliputi
terlalu banyak barangan yang mana telah menyebabkan kenaikan harga barangan.
Sepatutnya untuk permulaan, GST dikenakan ke atas barangan mewah
dahulu. Barangan yang hanya dibeli oleh golongan kayangan.
Sebagai contoh, kecualikan GST ke atas kesemua barangan buatan
tempatan. Setidaknya itu akan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan
berbanding barangan import.
Kalau kayangan yakin kualiti barangan import dan mahu beli juga,
biarkan mereka bayar GST. Tapi marhaen tidak terjejas.
Keduanya jumlah 6% sebagai permulaan adalah sangat tinggi.
Kenapa tidak mulakan dengan 2 atau 3 peratus dan dinaikkan mengikut kesesuaian.
Sewaktu GST diperkenalkan, aku selalu duduk di hotel di KL. Agak
mengejutkan bila syarikat boleh menuntut semula GST yang dibayar untuk sewa
hotel.
Kenapa syarikat yang kaya boleh tuntut sedangkan rakyat marhaen
terpaksa telan harga yang mahal? Itu yang tak kena dengan GST kita
Aku boleh setuju dengan GST kalau ianya dibuat dengan lebih
sensitif terhadap rakyat. Tapi ketika pentadbiran Najib dulu, GST dibuat
semata-mata untuk korek duit rakyat. Itu yang salah.
Orang kaya tak terasa sangat dengan GST ni. Tapi bagi marhaen,
GST sangat menyusahkan hidup. Ini akibat apabila jurang hidup terlalu besar.
Mereka, penganalisis ekonomi dan sebagainya, tak faham denyut
nadi marhaen. Sebab itu mereka suka kerajaan laksanakan semula GST. Guane boh?