KATA PARTI ISLAM TERBESAR DAN TERKUAT. LEKEH JUMPA "MAHAZALIM" . LIBERAL TU....

 


Hadi pula dijangka bertemu Dr M




Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan akan dibuat dengan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama.

PETALING JAYA: Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah.

Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal.

“Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah.

“Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).