Sindiran Menteri Sumber Manusia M Saravanan kononnya isu buruh
paksa di Malaysia gagal diselesaikan akibat pengurusan tidak cekap kerajaan
Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara sejak beberapa hari lalu dianggap
sebagai mengarut.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hakikatnya
isu buruh paksa telah ditimbulkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak
2006. Kerajaan AS memasukkan sektor tekstil (garment), sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia sebagai sektor
yang menghasilkan barangan menggunakan buruh paksa
Katanya, Malaysia diletakkan dalam senarai YVPRA (Trafficking Victims Protection
Reauthorization Act) yang dikeluarkan secara tahunan.
"(Hal itu berlaku) zaman BN, bukan PH. Kemudian mulai 2009
sektor sawit Malaysia pula dimasukkan dalam senarai YVPRA dan masih dikekalkan
dalam senarai tersebut hingga ke hari ini
"Pada 2014 sektor sawit bukan sahaja disenaraikan sebagai
sektor yang menggunakan buruh paksa tetapi juga buruh kanak-kanak di ladang ladang.
Ini juga di zaman BN, bukan zaman PH," katanya menjawab menteri dari BN
itu.
Dokumen kerajaan mengesahkan isu buruh paksa berlarutan sejak
sedekad lalu
Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi
Dan Hak-hak di Bawah Perlembagaan, Parlimen Keempat Belas berkata, sumber
berkenaan tercatat dalam rekod Kementerian Perusahaan, Perdagangan dan Komoditi
sebagaimana yang dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu pada 24 November
tahun lalu.
Oleh itu, katanya, amat tidak masuk akal apabila Saravanan berkata
semua yang berlaku adalah kelemahan kerajaan PH.
"M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia cuai dan reckless jika kata dia tak tahu. Nampaknya dia bekerja secara silo seorang
diri. Sedangkan isu buruh paksa ini melibatkan kabinet dan lain lain
Kementerian seperti MITI dan KDN.
"Manakala Kementerian Sumber Manusia adalah Kementerian
terpenting dalam isu ini sebab buruh adalah di bawah bidang kuasa Kementerian
itu," kata Hassan lagi.
Baru baru ini, mantan menteri sumber manusia era PH M Kulasegaran
berkata tindakan Saravanan yang meminta Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia untuk memaklumkan sebarang siasatan
berhubung buruh paksa di negara ini dianggap sebagai "melucukan."
Kulasegaran berkata, permintaan itu satu cubaan yang lemah untuk
menutup ketidakmampuannya dalam mengekang isu buruh paksa di Malaysia.
"Saravanan mesti tidak tahu cara siasatan berfungsi. Jika,
siasatan didedahkan sebelum tindakan diambil, apakah kebaikan penyiasatan itu?
“Mungkin dia fikir masyarakat antarabangsa boleh 'dibeli' dan
terpengaruh,” kata Kulasegaran.
Namun Saravanan membalas dalam Twitter berkata, kerjaan BN perlu
mengambil sedikit masa untuk membersihkan ‘sampah’ yang ditinggalkan PH dalam
tempoh 22 bulan memerintah.