Pencalonan bagi jawatan utama Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Malaysia telah dipenuhi oleh pasukan Seangkatan yang dianggotai Adam Adli,
Kamil Munim dan rakan rakan.
Pencalonan mereka dilakukan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling
Jaya, pagi tadi.
Menurut Adam, mereka menawarkan diri ke posisi utama AMK setelah
mendapatkan penilaian dan sokongan dari rakan rakan seluruh Malaysia untuk
menggalas cabaran bertanding
"Hari ini kita selesaikan proses pencalonan dengan beberapa
langkah tadi. Saya dan beberapa rakan rakan kami sudah pun selesai hantar
pencalonan bagi 4 jawatan yang dipertandingkan dalam AMK pusat
"Jadi saya sudah pun selesai tawarkan diri sebagai calon
Ketua AMK pusat, diikuti saudara Kamil Munim bagi jawatan Timbalan Ketua dan
Danish Hairudin bagi Naib Ketua AMK dan saudara Praveen Murali bagi jawatan
Naib Ketua AMK untuk 2022 - 2025.
"Kami rakam terima kasih kepada rakan AMK dari Utara sampai
Selatan dalam seminggu lebih ini beri pendapat dan sokongan dan itu beri kami
kekuatan untuk tawarakn diri," katanya.
Selain itu, kata Adam, pasukan mereka yang dikenali sebagai
Seangkatan itu berhasrat untuk mewujudkan pasukan AMK dalam menghadapi Pilihan
Raya Umum ke 15 yang akan diadakan beberapa bulan ke hadapan.
"Di bawah pasukan kita namakan Seangkatan ini, mesej kita nak
sampikan ialah sebuah AMK bersama, bersatu padu yang bawa satu kekuatan cukup
baik menjelang pemilihan, kerana pemilihan kali ini akan menyediakan KEADILAN
sebuah pasukan lebih kuat dalam berhadapan PRU yang sangat dekat.
"Kita percaya dengan semangat Seangkatan kami bawa kita
menggarap dan merangkul semua kekuatan dalam AMK," katanya lagi.