Mereka turut memohon
Mahkamah Tinggi untuk membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari selepas
keputusan dicapai dan memberikan ganti rugi am dan teladan dengan faedah 5%
setahun dari tarikh saman difailkan.
Nampaknya kemelut membabitkan CIMB dengan beberapa pelanggannya
sejak Januari lalu semakin melarat apabila sekumpulan 650 pemegang akaun telah
memfailkan saman secara saman
gugat-perwakilan-kelompok (class-action) berjumlah RM650 juta terhadap
bank tersebut.
Menurut laporan FMT, saman itu difailkan ekoran ‘kesilapan
pemprosesan’ yang menyebabkan akaun mereka dibekukan dan berhutang.
Difahamkan 26 pemilik akaun telah dinamakan untuk mewakili
keseluruhan 650 pelanggan itu lain kini bersedia untuk membawa kes ini ke muka
pengadilan.
Mereka menuntut keseluruhan sebanyak RM1,007,702.91 – yang
menurut mereka telah diambil secara paksa oleh bank daripada akaun
masing-masing berikutan proses pemulihan hutangnya.
Menerusi saman yang difailkan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, 6 April, kumpulan ini turut meminta
sekurang-kurangnya RM1 juta diberikan sebagai ganti rugi kepada setiap pemegang
akaun yang terlibat.
Selain itu, mereka turut memohon Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari
selepas keputusan dicapai dan memberikan ganti rugi am dan teladan dengan faedah
5% setahun dari tarikh saman difailkan.
‘Lambah
diambil adalah selaras dengan amalan standard’ – CIMB
Menerusi satu kenyataan segera, CIMB berkata:
“Sebagai sebahagian daripada langkah pemulihannya, CIMB telah melaksanakan hak
kontrak dan undang-undangnya untuk mendebit akaun sejumlah pelanggan terhad
yang tidak secara langsung atau melalui peguam, memberi maklum balas atau
terlibat dengan bank walaupun percubaan dibuat oleh bank. Bank telah meneruskan
untuk menolak amaun yang didebitkan terhadap kredit pendua yang tersilap
diterima oleh pelanggan tersebut hanya selepas notis awal diberikan.
Tambah CIMB, semua langkah yang diambil adalah
selaras dengan amalan standard industri dan selepas notis dan pemberitahuan
yang sewajarnya.
“CIMB tetap komited untuk memastikan
penyelesaian yang adil dan terurus dan kami akan terus melibatkan semua
pelanggan yang terjejas yang menerima kredit berganda,” kata CIMB dipetik dari
FMT.
Terdahulu CIMB telah memfailkan saman balas
terhadap 12 pelanggannya dan menuntu RM1.39 Juta bersama faedah.