t0i1S9 Donecse48mmber 52r01l2iu16 ·
Memang Nampak Sekarang..Hampir
Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:
1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang
jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran
anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala
sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan
(penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk
menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram
(halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam
lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat =
makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat
salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan
mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun
solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah
dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia
terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang
semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran,
adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama
26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut
buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada
kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan
datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda
adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang
telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin
dll)
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai,
telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling
berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat?
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu."
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam
dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan
manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang
berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan.
Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar
Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu
selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan
orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu
sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di
jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).