Ceritera yang biasa
dimainkan oleh cytro UMNO, rakyat dah beri peluang kepada PH dalam PRU14 tapi
PH tak perform.
Sebagai hujah balas,
kita boleh kata yang 22 bulan itu bukan PH yang sebenar. Itu PH di bawah kuasa
Mahathir yang anti reform.
PH di bawah DS Anwar
jauh berbeza. Buktinya ada pada video di bawah ini.
Mahathir adalah
orangnya yang mengungkapkan manifesto bukan kitab suci apabila dihenyak oleh
umum soal manifesto.
Terapi DS Anwar lain.
Katanya, kalau dah janji kita mesti ikhtiar untuk tunaikan. Tetapi jika dah
usaha sepenuhnya namun masih gagal, maka kita minta maaf dan minta tempoh.
Katanya lagi, sifat
tawaduk dan rendah diri adalah sifat mulia yang harus ada pada rakyat dan juga
pemimpin.
Itu bezanya antara
Mahathir dan DS Anwar. Bagai langit dan bumi. Sudah pastilah PH juga berbeza
ketika dipimpin oleh Mahathir dan dipimpin DS Anwar.
Rakyat belum merasa
pentadbiran PH pimpinan DS Anwar Ibrahim. Tapi rakyat dah rasa derita di bawah
Najib, Mahiaddin dan Isnail.
Jadi wajarlah untuk
rakyat kembali kepada PH pada PRU15 nanti. Boleh nilaikan keperibadian kesemua
yang telah aku sebutkan.
Demokrasi membenarkan
rakyat memilih pemimpin yang mereka suka. Tapi jika rakyat mahu pemimpin yang
jujur, kompeten dan berkarisma, sebenarnya rakyat tiada pilihan lain selain DS
Anwar ibrahim. Guane boh?