Baru-baru ini Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) memuat naik sebuah video berhubung isu banjir dipenuhi timbunan kayu yang berlaku di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Video berkenaan jelas memaparkan kawasan tasik tersebut terjejas teruk.
Susulan itu, Sumberkini menghubungi Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bagi mendapatkan komen beliau.