Ungkapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),
Datuk Eddin Syazlee Shith yang berkata rakyat Malaysia boleh mencapai sasaran
pendapatan isi rumah RM10,000 pada 2025 kerana mereka mampu melabur dan bertani
amat diragui.
Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, apakah
logik menteri tersebut dengan bersandarkan dua aktviti terbabit akan
membolehkan isi rumah mendapat pendapatan yang tinggi.
"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Eddin
Syazlee Shith berkata misi mencapai pendapatan RM10,000 satu isirumah pada
tahun 2025 akan tercapai kerana rakyat mampu melabur dan tanam sayur.
"Saya minta beliau lebih realistik. Contoh jumlah 77 peratus
akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah di bawah RM5,000. Rakyat B40
tidak mempunyai pelaburan yang besar.
"Saya tegaskan masalah asas ialah model gaji rendah yang
diguna oleh kerajaan selama ini," katanya.
Justeru, Nik Nazmi mensyorkan kerajaan lebih berpandangan jauh
dengan menimbang memperkenalkan gaji sepadan dengan kos berkehidupan bagi
merealisasikan pendapatan RM10,000 sebulan tersebut.
"Kerajaan patut mempertimbangkan mekanisme seperti 'wage
correction policy' yang dibuat Singapura selama tiga tahun bermula 1979 dan
insentif gaji kehidupan wajar (living wage) yang disarankan Bank Negara pada
RM2,700 pada tahun 2016 untuk seorang individu di Kuala Lumpur, selain
mekanisme gaji minima yang akan dinaikkan kepada RM1,500," katanya.