DS Anwar dah tua. Dah tak ada umph. Tak mampu jadi crowd puller.
Dah hilang aura. Dan banyak lagi kata nista lain yang dilemparkan kepadanya.
Semua kerana kekalahan Keadilan dalam PRN Johor.
Ok memang DS Anwar dah tua. Dah lebih 70 tahun pun. Tak boleh
nak nafikan. Dan kalau nak kata DS Anwar dah hilang taring, hilang aura, hilang
daya penarik sebagainya pun tak perlu dinafi.
Maka sebab itu, ada suara yang minta DS Anwar berundur dari
politik. Bukan sebagai pengerusi PH sahaja tapi tinggalkan politik selamanya.
Jadi nak tanyalah kepada yang cadangkan, siapa nak ganti?
Bermula daripada '98 sehingga sekarang, kekuatan pembangkang
banyak menunggang atas peribadi DS Anwar. Sebelum DS Anwar ketuai pembangkang,
tidak ada sesiapa mampu lumpuhkan BN.
Ok, DS Anwar dah tak ada aura. Jadi siapa? Nak ambil Mahathir?
Atau anaknya Mukhriz? Pejuang lebih jahanam daripada Keadilan dalam PRN Johor.
Kalau Shafie Apdal? Pun sama. Langsung tak mampu melawan dalam PRN tersebut.
Apa kata cuba Mat Sabu? Tapi Amanah dah berapa tahun pun masih
kekal bawah ketiak DAP. Tak nampak signifikasi Amanah di bawah pimpinan Mat
Sabu. Sepatutnya Amanah dah boleh ganti PAS sekarang. Tapi langsung tak ada
bayang.
Kalau nak kira kekuatan pemimpin itu berdasarkan kerusi parti,
maka Lim Guan Eng yang sepatutnya jadi pengerusi PH. Jadi apa kata DS Anwar
beri jalan kepada Guan Eng untuk ketuai PH?
Ok juga. Aku pun tak sabar nak letakkan kesalahan kepada Guan
Eng pula kalau PH kalah selepas ini. Semua setuju ke? Hahaha...
Orang boleh sebut macam-macam benda buruk terhadap DS Anwar tapi
hakikatnya rakyat masih mahu dan perlukan DS Anwar. Ahli Keadilan pun masih
ramai yang percaya kepada beliau. Jadi kenapa orang parti luar nak sibuk?
Kit pilih pemimpin perlu berdasarkan ideologinya. Mungkin DS
Anwar tua tapi tapi semangat dan iltizamnya masih kuat memperjuangkan nasib
rakyat. Itu yang tak ada pada ramai yang lain.
Dan lihat bagaimana DS Anwar diserang oleh ahli parti lain.
Itulah tandanya DS Anwar masih kuat. Kalau beliau tak kuat, siapa yang nak
buang masa serang beliau? Kita serang Najib lebih dari serang Zahid sebab Najib
lebih 'kuat' berbanding Zahid.
Dalam ulasan awal Mat Sabu dan Guan Eng pasal PRN Johor, kedua
mereka masih menyebut soal perpecahan pembangkang sebagai punca PH kalah. Yang
mana aku tak nafikan sedikit pun.
Tapi cuba Mat Sabu dan Guan Eng tengok dulu perpecahan dalam PH.
Tengok kelakuan ahli parti mereka sendiri. Galak mengutuk DS Anwar. Lebih dari
pihak lawan lagi. Begitu juga budak Guan Eng.
Sebenarnya DS Anwar ni cukup kuat. Menghadapi serangan bukan
setakat daripada machai UMNO dan walaun PAS, bahkan daripada ahli Amanah dan
DAP sendiri dan segelintir kartel dalam Keadilan, DS Anwar masih kukuh berdiri.
Bayangkan kalau Amanah dan DAP berhenti dari menyerang DS Anwar,
macam dalam PRU14 dulu dan berdiri kukuh atas nama PH, keadaan akan jadi lebih
mudah untuk PH hadapi pilihanraya.
Tapi kalau pengundi atas pagar pun ragu kepada DS Anwar dek
hasutan penyokong PH sendiri, nak menang macamana? Kalau betul pun DS Anwar
hilang umph, itu atas usaha komponen PH sendiri!
Lebih malang Mat Sabu dan Guan Eng tak pernah ambil tindakan pun
dengan kenakalan ahli mereka. Apakah memang perbuatan itu direstui? Atau Mat
Sabu dan Guan Eng sendiri yang suruh?
Daripada sibuk nak seru bersama parti pemecah dan tiada akar
umbi seperti Pejuang, Warisan dan Muda, lebih utama sebenarnya Mat Sabu dan
Guan Eng disiplinkan dulu anak buah masing-masing.
Semua parti kena refleksi diri. Tengok dalam parti sendiri apa
perkara melemahkan PH yang telah dilakukan. Bukan sibuk tengok luar dan
kemudian talian semua kesalahan kepada DS Anwar.
Aku tak suka nak kutuk komponen PH begini tapi bila Mat Sabu dan
Guan Eng nampak macam tak belajar langsung dari kesilapan yang dilakukan
sebelum ini, terpaksalah juga aku menulis.
Sebab itu aku mula sokong Keadilan jalan sendiri. Kerana aku tak
nampak lagi keikhlasan Amanah dan DAP dalam bersahabat dengan DS Anwar. DS
Anwar cuma dijadikan kambing hitam bila setiap kali PH kalah pilihanraya.
Aku bukan ahli Keadilan. Aku kekal tak berparti sebab aku nak
bebas mengkritik mana-mana parti dan pemimpin. Tulisan aku tidak ada kena
mengena dengan pendirian Keadilan. Guane boh?