8.00PM 26/03/2022 Kuala Lumpur #AyuhMalaysia #PRU15 #GE15 - PELANCARAN “AYUH MALAYSIA” UNTUK MENARIK SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR
Nurul Izzah: Bertitik tolak dari pandangan serta luahan yang dikongsi oleh rakyat menerusi siri kempen saya ketika Pilihanraya Negeri Johor yang berakhir dengan keputusan yang wajar diteladani, saya bersama sahabat-sahabat lain di dalam KEADILAN telah bersama-bersama membuat keputusan bagi melancarkan kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.