Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 26/03/22
( 1 - 24 )
1. Sudah hampir 65 tahun Merdeka namum Kelantan masih
JAUH ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri - negeri
lain diMalaysia
2. 'SERAMBI MEKAH' - itu gelaran yang diberikan oleh tokoh - tokoh
PAS ketika itu - apakah Islam memang mahukan penghanutnya hidup
daif seperti yang kita lihat atau gelaran itu hanya gimik politik sahaja
3. Dari segi sosial negeri Serambi Mekah ini mencatatkan kemunduran
yang amat ketara :
i. Jumlah kemiskinan dan penceraian terlalu tinggi begitu juga
dengan salah guna dadah , kes buang anak dan pembunuhan
ii. Sampah sarap bersepah dan berbau busuk , ianya tidak
diurus dengan baik
iii. Pembangunan Negeri ibarat kura - kura yang tempang
malah lebih teruk lagi dari itu
4. Kehidupan harian rakyat TIDAK DI BELA , yang senang dan
mewah ialah Wakil - Wakil Rakyat Parti pemerintah - PAS
5. Hampir setiap hari rakyat DI LALAIKAN dengan Fatwa dan Hadis
yang tak pasti kebenaran nya
6. Umum yakin jika disiasat dan diselidik pasti ramai diantara
Wakil Rakyat PAS boleh diheret keMahkamah atas isu salahguna kuasa dan
rasuah
7. Di Kuala Lumpur dan Bandar - Bandar Besar selain dari orang
'ASING' yang tidak ada permit atau menyalahguna permit mereka
seperti dari Bangladesh , Myanmar, Nepal dan Indonesia , kehadiran
rakyat Kelantan pun begitu ramai membanjiri Bandar - Bandar tersebut
8. Kehadiran orang 'ASING' yang begitu ketara membuktikan
kegagalan 'Enforcement Officers' atau mereka
sememangnya TERLIBAT dengan rasuah
9. Kebanjiran '0rang Kelantan adalah MANIFASTASI
KEGAGALAN pemimpin - pemimpin PAS sejak diamanahkan rakyat
10. Setiap kali Pilihanraya pengundi - pengundi 'luar' akan dikumpul dan
disediakan pengangkutan berserta 'allowane khas' oleh puak -
puak PAS
11. Oleh kerana takut termakan sumpah dan takut tak masuk syurga
maka mereka yang berjumlah melebihi 1 juta penggundi akan
mengekalkan pemerintah yang ada
12. Mereka ini SANGGUP melihat keadaan rakyat Kelantan yang
terumbang ambing seperti sabut kelapa di laut asalkan DAPAT UPAH
13. Rakyat maseh ingat Wakil - Wakil Rakyat
mereka bermewah membeli kereta baru hasil bantuan RM400
juta oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr. Mahathir beberapa tahun lepas
14. Yang sedang dibicarakan sekarang ialah SKANDAL
tanah seluas 17 ribu ekar
15. Syarikat Sindiyan Sdn. Bhd dikuasai oleh 3 orang peniaga Cina
dan seorang Melayu ( sila lihat lapuran yang disertakan )
16. SPRM dan POLIS , jika tidak disogok atau juga tidak
terlina dengan nyanyian , mereka SEPATUT NYA SIASAT dan ambil
segera tindakan kepada Kerajaan Negeri dan individu yang terlibat ;
jangan anggap mereka yang berserban dan memberi kuliah bersih dari amalan
rasuah
17. Parti inilah yang mula - mula bertanggong jawab memecah
belahkan perpaduan kaum dengan menggunakan ayat - ayat Al
Quraan dan Hadis
18. PAS membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu
terhadap orang Cina khususnya DAP - malangnya maseh ada orang
Melayu yang termakan dengan hasutan
19. PAS boleh melupakan perjuangan
asalkan mereka dapat kemewahan
20. Lihat sajalah klip video ucapan Hadi dan gambar -
gambar berpelukan dengan pemimpin - pemimpin DAP sewaktu mereka
mahu menumbangkan UMNO/ BN tapi kini bak kata pepatah :
LAIN PADANG
LAIN BELALANG
LAIN HULU
LAIN PARANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
21. Semoga Raja mereka terus bertahta di beberapa buah Istana baru
termasuk yang maseh dalam pembinaan di Ampang Hilir , Kuala
Lumpur
22. Bak kata seorang kawan dari Kelantan 'kan negeri Serambi Mekah
kaya dengan segala hasil maksum yang boleh digunakan membina banyak lagi
Istana , dan Wakil Rakyat pula diberi berbagai kemudahan'
23. Sama - sama kita tunggu 'FATWA' baru mereka kelak
24. ELOK LAH PEMIMPIN - PEMIMPIN KELANTAN
TERUS BERCAKARAN SESAMA SENDIRI - peduli apa rakyat - yang
penting 'aku'
Wassalam
Terima Kasih