Kak Wan bantu kempen di DUN Sungai Balang


 

Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini membantu kempen calon N16 DUN Sungai Balang, Abdullah Sahid.

Kak Wan yang juga Ahli Parlimen Pandan itu sempat beramah mesra bersama pengundi pengundi Tionghua di situ sambil memperkenalkan calon.

"Di DUN Sungai Balang bagi memberikan sokongan kepada Cikgu Abdullah, calon no 1 dari KEADILAN.

"Mendengar penerangan saudara Tian Chua dan warga DUN Sungai Balang mengenai permainan Xiangqi atau dipanggil Chinese Chess," katanya.

KEADILAN meletakkan calon 'otai reformis' di DUN itu yang telah bergiat dalam parti sejak 1998.

Cikgu Abdullah juga merupakan anak jati DUN berkenaan dan dihormati oleh masyarakat di sana.