NORMAN RADZUAN
10k KWSP… PRU15
seperti tidak dpt ditunda lagi
ISMAIL SABRI TIDAK
MAMPU TAHAN DESAKAN
Keputusan PRN Sabah,
Melaka, Sarawak dan Johor memberi keyakinan tinggi kpd BN utk PRU15. Jika saya
sebagai org politik saya juga akn bertindak dgn cara yg sama.
Sebab apa?
Pembangkang sdg lemah… perpecahan pembangkang ketika ini memudahkan BN tanpa
perlu Muafakat Nasional kembali menjadi kerajaan. Dlm peperangan, perniagaan
apatah lagi politik peluang terhidang mesti diambil segera ibarat dlm badminton
bola tanggung mesti dibalas pukulan smash.
Semalam KWSP RM10k
diumumkan. Ia petanda jelas PRU15 semakin hampir. Pemberian tersebut tak
kiralah apa warna parti samada kerajaan atau pembangkang semua gembira mcm
pengumuman esok hari raya.
Maka lupalah bicara
soal MB Johor, 1MDB di kalangan org Melayu sb April ini org Melayu boleh balik
kampung berbuka puasa dgn keluarga dan ada duit raya menjelang hari raya.
Itulah hebat seni politik UMNO yg parti berprinsip kata itu ‘gula2’ politik.
Malam tadi saya
berbual dgn rakan media yg bekerja di sebuah stesen TV. Seperti ramai rakan2
media yg saya kenali mereka bukan penyokong PH. Rata2 penyokong BN sb itulah
ramai mereka dilantik berkhidmat dgn beberapa kementerian.
Antara dialog kami ….
RMedia: Man
pembangkang kena bersatu kalau nak kalahkan BN.
Norman: Tak baca
artikel aku dan komen mereka.. Ahli kata jgn jadi pemalas. Mesti berprinsip dan
jgn kerjasama dgn pengkhianat.
RMedia: Dlm politik
bukan tempat berprinsip. Anwar baru beberapa bulan kata ada cukup SD pun
bekerjasama dgn BN yg korup, khianat mandat rakyat dan mcm2 lagi. Berprinsip ke
tu? Ini politik la. PAS dulu pun bukan main prinsip tapi skg boleh jadi
sebahagian kerajaan tanpa PRU.
Norman: Nak buat
macamana ahli parti aku kata mereka kuat asal rajin bekerja. Kenapa kau suruh
bergabung?
RMedia: Aku tak
sanggup tgk Najib nanti jadi PM balik (kami ketawa bersama). Cukup2lah.
(Dlm hati saya org yg
tak suka PH pun tak sanggup lihat Najib jadi PM semula adakah org PH sanggup?)
Katanya dia bersetuju
berprinsip bila berkuasa seperti saya sarankan seperti jgn korup, jgn ada
perbezaan undang2 miskin dan kaya2, wujud kroni2 dan perkara2 negatif yg lain.
Baginya dgn kuasa
mcm2 boleh buat. Malah ahli2 boleh mendapat peluang pekerjaan dari Ketua
Kampung, ahli Majlis, GLC, Peg2 Kementerian, Exco dan bermacam mcm lagi utk
bekerja dan perkuatkan parti. Ya saya setuju dan itulah juga kenapa saya
sarankan sebelum ini. Tak apa sb ramai yg pilih berprinsip kita teruskan solo
berprinsip tersebut.
Berbalik kpd BN
mengapa Ismail Sabri terpaksa akur utk membubarkan Parlimen. Ismail kena akui
dia hanya Naib Presiden di dlm parti. Kuasanya sebagai ketua kerajaan memang
besar tetapi di dlm parti dia hanya seperti Menteri biasa sahaja di dlm
kerajaan.
Di dlm mesyuarat
parti kedudukan Ismail bukan di sisi Presiden. Lihat sahaja di Johor Presiden
menarik tangan ‘bos ku’ utk berdiri di sebelahnya hingga terpaksa seorang PM
ketepi. Ia peristiwa yg memalukan negara.
Lagi pun semua org
tahu Ismail bukan fighter seperti Anwar Ibrahim. Ismail tahu tekanan di
Mesyurat Tertinggi UMNO pastinya beliau akn diserang kiri dan kanan jika tidak
akur kpd perintah Presiden dan Timbalannya.
Ismail boleh
dikenakan ke peringkat tindakan dilucut keahlian. Pastinya Ismail tidak mahu
menjadi PM yg tidak mempunyai keahlian, tiada masa depan dlm parti serta
dikatakan sebagai mementingkan diri sendiri tanpa mendengar suara akar umbi.
Mungkin di kalangan
Menteri UMNO yg berasa bimbang jika ia berlaku adalah KJ dan Anuar Musa. KJ
adalah individu yg pertama bersuara mengenai Najib yg menjadi punca kekalahan
BN pada PRU14.
Tentu team Presiden
takkan lupa sikap KJ kpd hero mereka Najib. Anuar Musa juga semua org tahu
sikapnya membuat Presiden terguris hingga jawatannya sebagai Setiausaha Agong
UMNO digugurkan.
Lagipun Timbalan
Presiden UMNO, Tok Mat jelas mahukan Parlimen Rembau utk dia menduduki sekurang
kurang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebab itu KJ sebaik kemenangan BN di
Johor dia beritahu Media PRU15 kena tunggu dulu.
Pembangkang hanya ada
masa 3-4 bulan dari skg utk hadapi PRU15 berdasarkan momentum BN. BN perlu
segerakan bukan sahaja seperti didakwa penganalisis politik kes membabitkan
Najib dan Zahid yg sdg berjalan tetapi ini adalah masa terbaik dlm keadaan
pembangkang sdg mencari formula utk bekerjasama.
BN tahu kekuatan
mereka seperti dulu. Tidak kuat sepertimana di Larkin undi mereka pada PRU14
dan PRN tetap sama iaitu 16k. Mereka hanya menang kerana pembangkang terpecah
byk. Pun begitu UMNO sukar digugat di sekitar 20 DUN walaupun semua parti2
pembangkang bekerjasama. Itu hebatnya UMNO di mata org Melayu.
Bagi UMNO mereka kini
mengejar masa. Setiap hari adalah masa yg sgt berharga buat UMNO terutamanya
buat Najib dan Zahid. Mereka juga bimbang masa lama diambil memberi peluang
pembangkang berbincang mencari titik temu akn bersatu menentang mereka.
Persoalannya skg
sempatkah PH pulih utk hadapi PRU15. Ada yg kata fokus PRU16 iaitu 5 tahun
lagi. Nak tunggu KWSP waktu pencen ramai yg gelisah jadi adakah mampu melihat
aksi2 pemimpin BN utk tempoh lebih kurang 1800 hari lagi?
Mampukah hanya dgn
perkuatkan parti PH menambat hati pengundi Melayu luar bandar. Adakah benar
kerana kelemahan struktur parti PH atau PKR lemah? Sdgkan pada 2008-2018
struktur parti hebat kita masih gagal menguasai undi Melayu luar bandar.
Atau kita masih
merasa yakin PRU16 PH atau PKR bergerak solo mampu menang menjadi kerajaan atau
kita memilih terus menjadi pembangkang yg berprinsip. Tepuk dada tanya selera…