NORMAN RADZUAN
TERIMA KASIH DS ANWAR
Semalam saya lihat ribuan ahli dan penyokong PH/PKR gembira dan
mengucapkan terima kasih dan tahniah DS Anwar kerana menggesa kerajaan utk
membenarkan pengeluaran KWSP.
Walaupun ia sekadar gesaan ketua pembangkang yg belum tentu di
terima PM tetapi ahli dan penyokong gembira kerana ia isu populis org Melayu
ketika ini. Sekurang kurangnya mereka tidak terbeban PH tidak bersama rakyat dlm
isu2 populis.
Sebelum ini tidak ada pemimpin2 PKR yg berani menggesa kerajaan
isu KWSP. Ya kita faham kerana mereka menghormati Presiden parti. Malah ada
juga pemimpin kecil dan ahli juga tidak senang dgn saya apabila acapkali
meminta parti memainkan isu populis ini.
Berita ini ( Anwar gesa kerjaan luluskan KWSP) walaupun ada yg
tag saya… bagi saya ia kegembiraan buat kita semua walaupun ia tidak byk
membantu pada PRN Johor yg tinggal beberapa hari lagi. Sekurang kurang satu
bebanan bersoal jawab dgn lawan sudah terlerai.
Ini kerana dlm kempen PRN Johor sebelum ini tiada seorang yg
berani menggesa atau mencabar kerajaan utk meluluskannya RM10k KWSP kerana
bimbang bertentangan dgn prinsip parti. Mudahan mulai esok ramai2 bersuara
gasak kerajaan utk rakyat melihat PH juga perjuangkan nasib rakyat terutama org
Melayu.
Najib, Zahid, Muhyiddin, Lokman, Asyraf dan pemimpin2 PAS
dilihat hero dlm perjuangkan isu KWSP hingga semalam apabila DS Anwar bersuara
mengenainya. Sekurang kurangnya isu populis rakyat kita tidak ketinggalan.
Kalau diluluskan PH tidak dilihat tidak menyokong kehendak rakyat.
Ada kawan2 yg mengungkit cerita lama di wall dan ada yg personal
message mengenai isu pendebatan saya dgn seorang MP PKR di Utara sana sebulan
yg lalu.
Pendebatan hingga berlarutan jam 3 pagi apabila MP itu berhujah
dari sudut akademik tetapi saya berhujah dari sudut populis hingga hilang
kesabaran saya sindir YB salah profession. Sepatutnya Yb jadi Prof bukan YB.
Saya beritahu tak mahu lanjutkan isu tersebut. Cuma kalau u all
mahu, mintalah MP tersebut ulas dan lahirkan tanda tidak bersetuju dgn gesaan
Presiden minta kerajaan luluskan RM10k tersebut. Ada berani..? Saya yakin MP
itu tidak akn berhujah dgn Presiden sepertimana dia berhujah dgn saya dahulu.
Ok kita lupakan dan move on.
Bila kita berpolitik kita seperti berniaga. Parti adalah wadah.
Maksudnya ia umpama Pasaraya2 yg ada seperti Giant, Tesco, Mydin dan lain2.
Siapa offer harga paling murah di situlah rakyat pergi membeli. Jgn salahkan
rakyat jika berminat ke Mydin jika pasaraya tersebut menawarkan harga paling
murah.
Begitu juga parti politik… setiap parti di seluruh dunia akn
bermain isu sentimen populis di negara masing2. Jika negara itu isu bail out,
peluang pekerjaan maka kempen Presiden ke arah itu.
Dlm politik kita bukan mahu pengundi ikut kemahuan kita dlm
berkempen tetapi kita memilih isu populis pengundi dan berjanji utk
menunaikannya. Bila dah menang barulah perjelaskan kenapa begitu begini.
Umpama kau nak meminang gadis pilihan… kalau awal2 kau beritahu
dia nanti bayar duit sewa rumah, duit elektrik dia kena bayar, raya setiap
tahun di rumah kampung suami… memang kena reject la pinangan kau. Lagipun semua
org waktu bercinta janji yg indah2 belaka.
Begitulah juga jika ingin berpolitik di Malaysia. Kenali dulu
demografi dan yg penting penduduk majoritinya. Kenali sikap org2 Melayu. Apa yg
dia suka, apa yg dia benci, apa yg mereka sensitif dan apa kelemahannya barulah
boleh berpolitik dgn mereka.
Ada juga secara sinis personal message saya waktu jumpa DS Anwar
berjam jam tu tak tegur ke Presiden atau saya berani menulis di media sosial.
Saya beritahu bukan teguran tapi lebih kpd beri pandangan.
DS Anwar ini pemimpin intelektual, rajin membaca, pandangannya
kritikal dan byk pengalamannya. Pun begitu DS Anwar juga bukan seorang yg
maksum. Kita bersyukur DS bersikap profesional dan bukan arrogant seperti
sesetengah pemimpin parti yg lain.
Bapa angkat saya dahulu Syed Hussein Al Attas berkata, menegur
bukan bermakna membenci. Malah katanya dlm politik menegur/memberi pandangan
itu jauh lebih baik dari membodek. Bila kita cerita yg manis sahaja utk
menyedapkan hati ‘bos’ ia akn membuatkan ketua kita alpa dan tidak tahu apa
sebenar weakness dlm organisasinya.
Selepas bertemu dgn DS Anwar, saya berpendapat beliau seorang yg
berfikiran terbuka. Malah beliau juga seorang pendengar yg baik. Ada yg beliau
setuju dan ada yg beliau tidak bersetuju. Kadang2 saya pertahankan pandangan
saya…dan beliau bertolak ansur mengenainya. Kadang2 beliau tegas dgn
pendiriannya dan saya mengalah.
Ramai selepas pertemuan itu hubungi dan bertemu dgn saya. Apa yg
dibualkan, apa pandangan diberikan…? Saya ceritakan secara umum 10% sahaja
pertemuan tersebut agar mereka tidak berkecil hati.
Saya berpegang kpd prinsip bila kepercayaan seseorang diberikan
kpd saya ia patut dihargai. Sekali org tak percayakan kita sampai bila2 org
tidak percaya dan kepercayaan itu tak akan kembali.
Ada juga yg sindir betulkah saya suarakan… saya jelaskan setiap
pertemuan itu ada beberapa saksi terutama Setpol DS. Jadi tak perlu persoalkan
adakah saya tidak berani memberi pandangan secara bersemuka. Lagipun tiada apa
yg ingin dibanggakan utk dihebahkan.
Yg kita mahu kebaikan utk parti. Mudahan impian kita utk melihat
insan yg sentiasa memikirkan soal rakyat hingga sanggup korbankan dirinya
hingga dipenjara menjadi PM akn jadi kenyataan utk membetulkan Malaysia sebuah
negara yg sdg sakit.