KEADILAN Cabang Sembrong menafikan isu yang tular di akhbar
Chinese Press menyatakan 87 anggota KEADILAN Cabang dan 45 anggota Angkatan
Muda KEADILAN (AMK) Cabang membuat perisytiharan keluar parti.
Menurut Ketua Cabang Sembrong, Mohd Shahrun Radzi Salehudin dan Ketua AMK Sembrong, Mohd Nasir Salleh, perisytiharan tersebut hanya melibatkan 9 anggota yang terpapar di akhbar berkenaan dan bukan anggota lainnya.
Kata mereka, anggota KEADILAN Ranting Kg Sri Lukut Kahang yang dilibatkan dalam perisytiharan itu berjumlah 48 orang sahaja.
AMK Cabang pula mengesahkan dakwaan 45 anggota AMK Ranting keluar parti adalah tidak benar
Hanya di dalam gambar sahaja yang keluar parti
"Ketua Cabang Sembrong tidak menerima apa-apa permakluman daripada 87 senarai anggota parti yang disebut oleh individu yang tular, hanya mendapat makluman melalui Ketua AMK Cabang Sembrong tentang isu itu berlegar di media sosial.
"Untuk makluman kelompok yang tular kononnya isytihar keluar parti itu telah membuat perisytiharan serupa pada 20 Oktober 2020 menyertai Perikatan Nasional.
"Perlu pembetulan, sepatutnya kelompok ini keluar daripada PN sertai BN. Tiada kaitan lagi dengan KEADILAN," kata mereka dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Ketua Cabang Sembrong memohon agar semua pimpinan di semua peringkat sama ada AMK, Wanita dan anggota-anggota KEADILAN Cabang yang seramai 1,371 fokus ke arah memperkuatkan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 dalam tempoh terdekat berbanding melayan isu keluar parti.
Shahrun
Radzi Salehudin
"Saranan saya kekal pegang 17 prinsip perjuangan KEADILAN, ketepikan soal remeh temeh, fokus kepada nararif baru yang berulang kali Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden KEADILAN tekankan. Fokus kepada agenda sebenar perubahan itu," kata Shahrun Radzi dalam kenyataan .
Tegasnya, kepada pihak yang cuba mengaibkan KEADILAN Cabang Sembrong beliau berharap mereka diberi petunjuk dan hidayah supaya menjadi masyarakat yang berguna untuk generasi akan datang.
Dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini, KEADILAN tidak bertanding di DUN N31 Kahang dan N30 Paloh. Manakala kelompok yang membuat perisytiharan berkenaan pula, menurut kenyataan itu, telah membuat perisytiharan keluar parti dua kali dalam 3 tahun.