Dah rasmi ke BN menang? Hahaha... Macam yang dijangka, BN akan
menang. Cuma aku jangka tak dapat dua pertiga. Sebab aku tak fikir rakyat Johor
ramai yang dungu. Tapi ternyata apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Kali ni tak perlu ulas dah. Sebab dah ulas masa lepas PRN Melaka.
Tapi tak ada perubahan pun yang PH buat. Masih sama. Cadangan rakyat tak ada
pun yang diambil kira oleh Majlis Presiden. Jadi biarkanlah terus begini.
Masih ramai pengundi yang pulaukan PRN. Entah sebab kerja atau
sebab masalah kewangan atau sebab sudah bosan dengan politik. Tapi ini bukan
perkara baru. Dah lama orang perkatakan cuma PH tak rasa perkara ini penting.
Tak nampak usaha nak selesaikan isu mereka yang pulaukan pilihanraya.
Aku tak kisah pun BN menang. Dah bersedia. Malah PRU15 nanti
kalau BN terus menang pun, aku ok. Itu yang majoriti rakyat nak. Kena hormati
keputusan majoriti. Aku pun bolehlah buat persediaan hadapi masa depan yang
kelam.
Tahniah BN. Terima kasih rakyat Johor. Johor pasti akan lebih
maju daripada Singapura selepas ini kerana UMNO/BN yang memerintah. Kan mereka
kata Singapura akan lebih maju kalau UMNO yang jaga. Mungkin Johor akan jadi
sehebat Wakanda.
Cuma satu yang aku puas hati sangat. Pejuang dan Warisan
bungkus. Dua-dua bawa legasi Mahathir. Nampaknya dakwaan kononnya Mahathir
faktor kemenangan PH ketika PRU14 dahulu memang sangat sangat meleset.
Pejuang, Warisan dan Muda ternyata tiada tempat dalam politik
Malaysia. Tapi percayalah cakap aku. Meski terbukti tiga parti ini sampah,
kekalahan ini takkan buat PH tersedar kerjasama dengan Muda itu satu kesilapan.
Bahkan ini akan dijadikan alasan untuk segerakan khemah besar.
Boleh screenshot posting aku ini. Hahahahaha... Guane boh?