China Benua pun boleh dapat 2,200 ekar tanah untuk tanam durian
di Kelantan?
Rakyat Kelantan melopong lagi.
LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING - Dato Husam Musa
Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peluang.
Raja badminton China - Li Yongbo - mendapat peluang menanam
durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan. Dulunya sebuah hutan yang
indah dan berharga. (Pernah memasuki hutan ini ketika mengejar pembalakan haram
satu masa dulu - demi cintaku pada hutan)
Berita mengenai Li Yongbo ada kebun Musang King di Kelantan
boleh dibaca di link ini : https://durianvalley.com.my/from-badminton-king-to.../.
Dalam laporan berita NST ini, Li Yongbo menyebut begini : 'Saya
tak pernah terfikir saya akan akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah
hutan .... / I never thought I would end up setting up a durian farm in the
middle of the jungle.
Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan linangan air mata
mengirimkan saya footage yg beliau rakamkan sendiri di kebun berkenaan, bersama
beberapa foto.
Untuk tatapan Rakyat Kelantan - katanya.
Yang lebih pelik, katanya, Rakyat Kelantan yang dah puluh tahun
meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di
bumi sendiri dihalang kerana bertindeh dengan Hutan Simpan. Kebun mereka
dimusnahkan.
Mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.
Untuk 'Orang Luar' - boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan
khazanah dibersihkan!
Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yg
beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian Kelantan kita. Sekalipun
tentunya rakaman beliau tak setara profesional.
Kalau 'Anak Luar' ada peluang, kenapa pula Anak Kelantan sendiri
tak dapat?
Menangis tak guna. Bumi tergadai jua.
Kata orang, wang juga dipandang orang.
#Anak Kelantan
bangkit
#Demi
Kelantan!
From badminton king to 'Musang King'
By NSTP Sport - October 23, 2018 @ 6:43pm
Former China badminton coach Li Yongbo is now venturing into the
durian business. Pix credit: Facebook/Durian Valley
KUALA LUMPUR: China’s Li Yongbo is famous for producing world
badminton champions and Olympic gold medallists. Now, he has a new passion –
durian.
The former head coach of China, who was linked to a new coaching
role with BAM, was seen in Kuala Lumpur last Wednesday. However, his presence
here has nothing to do with badminton, he is in Malaysia to explore the
lucrative durian business, specifically ‘Musang King’.
The Nanyang Siang Pau reported that Yongbo’s friend, who has
invested in a durian farm in Kelantan, introduced him to the ‘Musang King’
durian business.
Yongbo, 56, has also been appointed as a consultant for business
between China and Malaysia.
https://www.nst.com.my/.../424049/badminton-king-musang-king
++++++++++++++++++++
Baca Penulisan Sebelum ini :
1.Tanah Kelantan -
Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872
2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076
3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640
4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241
5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main
Silap Mata
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045
6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791
7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974