BALA- TOLAK PEMIMPIN YANG TAK BERKEBOLEHAN

 

Banjir dikira bala. Ribut pun bala. Pendek kata, asal ada perkara yang tak elok, semua nak dikaitkan dengan bala daripada Allah sebagai balasan daripada kesalahan kita.

Sebab bala pula pelbagai. Ikutlah siapa yang cakap soal bala tu. Ada yang kata sebab banyak maksiat. Ada pula yang dakwa sebab tak sokong parti dia yang kononnya perjuangkan Islam.

Tapi ada satu bala paling besar yang orang jarang nak sebut, yang sebenarnya nyata dan kita kini sedang menghadapinya. Iaitu negara kita dipimpin oleh mereka yang jahat.

Itulah sebesar-besar bala. Dan akibat bala itu, kita kini, semuanya, hidup dalam kepayahan. Dari hari ke hari negara kita jadi semakin tunggang terbalik.

Dan bala ini adalah balasan kerana kita memilih pemimpin mengikut nafsu, bukan akal. Apatah lagi iman. Hingga orang jelas jahat dan bersalah pun masih lagi hendak disokong.

Apa yang malang, bala ini tak akan pergi dengan sendirinya seperti banjir dan ribut. Bala ini hanya akan pergi setelah kita sedar akan kesilapan kita dan mahu perbetulkannya.

Lebih malang lagi, jika kesedaran tidak tiba pada kita, maka generasi kita akan datang, anak-anak kita pula yang akan mewarisi bala yang kita cipta sendiri ini. Menyedihkan.

Itulah yang paling aku kesalkan. Aku hanya mampu berdoa agar bala ini segera berakhir. Agar rakyat negara ini sedar dan menolak pemimpin yang tidak berkelayakan... Guane boh?

Raja Gelap