Budak budak Pas ni cuba nak sembunyikan bangkai
gajah dengan kopiahnya!!
Hutan Simpan Jelawang tidak ada dalam warta
kerajaan Kelantan, yang ada ialah HSK Gunong Stong Tengah yang diwartakan
sebagai Taman Negeri kerana Air Terjun Jelawang dan Gunong Ayam yang sering
dikunjungi pelancong. Dulu di sini ada Stong Perdana Resort milik anak syarikat
kerajaan Kelantan, ambo tak cerap apa status terkini, khabarnya telah
dijual.....
Tetapi HSK di sebelahnya iaitu HSK Gunong Stong
Selatan, HSK Gunong Stong Utara dan HSK Gunong Berangkat sudah terang
benderang.... Jom ambo bawa pergi tengok!!!
Kalau tak silap ambo, dalam kawasan HSK Gunong
Stong Tengah pun akan dimulakan pembalakan tidak lama lagi sebab ambo masuk
baru ni(ikut laluan selepas Lepan Anjur), kerja kerja marking/tagging balak
sudah siap.