KUALA
LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri
Ahmad Maslan menolak untuk menjawab tanda tanya adakah Pas akan dijemput untuk
menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung bermula Rabu ini.
Ketika
diajukan soalan tersebut, Ahmad Maslan hanya terdiam dan kemudian meminta untuk
media bertanyakan soalan lain.
“Untuk
Perhimpunan Agung UMNO kali ini, adakah rakan daripada Muafakat Nasional (MN),
Pas akan dijemput?” soal media.
“(Senyap seketika)...Ada soalan lain?,” soal beliau sebelum media terus
bertanyakan soalan berkaitan jumlah usul yang akan dibawa ke perhimpunan
tersebut.
“Usul itu kami akan putuskan esok dalam
mesyuarat yang akan dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan
Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Timbalan Presiden akan pengerusikan mesyuarat
usul itu esok, jam 2.30 petang tapi kita tidak panggil media untuk mesyuarat
itu.
“Bagaimana bentuk usul itu kita akan putuskan
esok,” katanya pada sidang media sempena perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini
pada Isnin.
Begitupun, beliau tidak menafikan kemungkinan
usul Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibawa ke dalam perhimpunan tersebut
kerana usulnya mencakupi pelbagai perkara.
Jelasnya, ia termasuklah agama, pendidikan,
ekonomi dan pelbagai isu lain boleh disentuh kecuali perkara-perkara yang
menyentuh sensitiviti.
Tambah beliau, PAU2021 akan dihadiri Friends
of BN dan duta serta pesuruhjaya tinggi kedutaan dijangka turut menghadiri
perhimpunan itu.
“Lebih 500 petugas media tempatan dan luar
negara akan buat liputan termasuk 15