1105iS6562p38o80n16hom16ue6d ·
Penglibatan saudara Rafizi Ramli dalam kancah politik tanah air
sudah tidak dapat dinafikan lagi terutama sumbangannya dalam menghiburkan
rakyat.
Terbaru beliau memaklumkan kepulangnya ke arena politik sekali
gus menamatkan percutian sebelum ini dengan mengumumkan akan bertanding jawatan
Timbalan Presiden KEADILAN.
Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kian menterjemahkan
agenda tersembunyi dengan berdolak-berdalih dari menyatakan cita-cita
sebenarnya.
Rafizi yang banyak berkias dalam kenyataannya dengan menyindir
Presiden parti sebagai lemah dan menyifatkan percutiannya dari aktif dalam
KEADILAN sebelum ini adalah kerana tidak bersetuju dengan keputusan dibuat
pimpinan.
Maka dengan itu, ramai pihak merasakan bahawa Rafizi tidak mampu
untuk menerima keputusan yang dibuat secara kolektif oleh pimpinan dan hanya
dengan diberi kuasa mutlak sebagai Presiden akan memuaskan hatinya.
Rafizi juga secara biadap menyatakan bahawa beliau memilih untuk
tidak bertanding jawatan Presiden supaya tidak menimbulkan kacau-bilau dan
mengganggu mesej-mesej parti kepada umum.
Persoalan penting yang harus dijawab adalah, adakah beliau
merasa layak untuk menentang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden?
Jika dirasakan begitu, gelanggang demokrasi ini dibuka
seluasnya. Biar anggota KEADILAN melihat wajah sebenar kerakusan kuasa yang
sanggup membelakangkan kepimpinan parti.
Saya ingin menasihatkan saudara Rafizi untuk bersikap jujur pada
diri sendiri dan berhenti bermain politik murahan sebegini.
Sebagai orang parti, dia sewajarnya lebih beradab sejurus
kembali ke gelanggang politik dan sentiasa berhati-hati dalam setiap
pertuturannya agar tidak mengguris hati semua anggota KEADILAN.
Harus diingat, KEADILAN merupakan sebuah parti yang cukup
dinamik kerana ianya merangkumi suara seluruh lapisan masyarakat dan setiap
keputusan parti perlu diterima secara berjemaah.
FARHASH WAFA
SALVADOR