Dalam politik demokrasi, tak wujud istilah derhaka. Rakyat bebas
memilih pemimpin yang mereka suka dan soal sultan atau raja tak suka, tak
sepatutnya timbul.
Dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diguna pakai di negara
ini juga, sultan dan raja-raja mesti bebas daripada pengaruh politik.
Dan dalam konsep persekutuan yang diamalkan di Malaysia, siapa
pun berhak untuk bertanding di mana-mana negeri yang dia mahu selagi menepati
syarat yang ditetapkan oleh SPR. Guane boh?