Desas desus kuat dikalangan pemimpin BN keputusan membubarkan
adalah kesilapan terbesar UMNO Johor. Menjadikan PRN Melaka sebagai sandaran
dengan strategi menakutkan rakyat dengan covid19 semacam tak menjadi.
Pengalaman PRN Melaka membuatkan rakyat sedar bahawa UMNO dan BN tidak ikhlas
dalam pentadbiran.
PRN Melaka adalah perancangan UMNO untuk menguasai negeri. Idris
Harun adalah kambing hitam dalam cerita ini. Berpakat dengan 3 lagi ADUN dengan
menggambarkan bahawa mereka akan kekal sebagai exco dan mempunyai kuasa besar
dalam menentukan kerajaan seolah-olah berjaya. Mereka tanpa usul periksa dengan
idea sama semasa melompat dari PH ke PN sebelum itu membuatkan 3 ADUN bersetuju
untuk menggegarkan UMNO kali kedua. Mereka langsung tak menyedari bahawa UMNO telah
melorongkan mereka ke lembah hina. Akhirnya hilang semua.
Begitulah politik tua yang dimainkan oleh UMNO. Kini mereka
merancang strategi sama tapi jauh lebih keji. Berlakon dan mengaku ahli parti
lawan mendesak supaya ahli parti konon-konon protes dengan keputusan parti.
Mengacah dan cuba memporakperandakan melalui dalam. Namun idea lapuk macam ni
tidak berkesan lagi. Bukan sahaja tidak memberi impak kepada parti lawan
malahan menjadikan UMNO parti tua yang memalukan negara. Masih menggunakan
taktik kotor dan tak matang dalam berpolitik.
Rakyat Johor sedar hakikat bahawa UMNO tidak lagi relevan untuk
mentadbir negeri. UMNO perlu direhatkan sementara atau dikuarantikan supaya
legasi busuk ini tidak membarah. Diputuskan rantaian penyamun dan penggila kuasa
tanpa batas supaya boleh tumbuh tunas-tunas baru yang lebih beretika dan
berintegriti. Berpolitik mestilah matang. Rakyat tidak boleh dibodohkan lagi.
Mereka punya banyak akses untuk menilai sebelum membuat keputusan.
Pesanan ikhlas kepada semua agar lebih rasional. Jangan biarkan
tangan-tangan kotor dan hitam ini menguasai permainan politik keji lagi. Sampai
bila kita nak diperkotakkatikkan lagi. Pergunakan kuasa yang ada untuk memberi
signal jelas kepada pemain-pemain politik supaya lebih menghormati rakyat.
Rakyat mesti diutamakan bukan dipermainkan.