Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menolak tanggapan pihak tertentu kononnya penguasaan Umno-BN membawa kestabilan politik di negara ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan sebaliknya Umno-BN punca berlakunya kegoyahan politik pada masa ini apabila pemimpin mereka bertindak melompat parti dan menarik sokongan dari parti.
Menurutnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan bertujuan untuk memastikan Johor di bawah kepimpinan Umno tanpa terpaksa bergantung pada pihak yang lain seperti yang dicapai dalam PRN Melaka.
“Mereka (Umno-BN) anggap boleh ulang kejayaan (PRN) di Melaka itu di Johor. Tujuannya nak tunjuk kepada Perdana Menteri inilah masa terbaik untuk diadakan PRU-15, terbukti rakyat mahukan Umno-BN kembali.
“Diasaklah dengan propaganda kononnya di bawah BN ini adanya kestabilan politik. Sebenarnya dia yang punca berlakunya ketidakstabilan sekarang. Sama-sama dia tarik sokongan, melompat parti,” tegasnya.
Khalid berkata demikian dalam slot Bicara YB Khalid Samad (Siri 141) bertajuk, “PRN Johor? Logo Berbeza?” menerusi saluran Jom Channel FB Live yang dimoderatorkan Shaiful Roseman malam tadi