Satu sifat yang menjadi asas
KEADILAN digemari di kawasan pelbagai kaum adalah kepimpinan parti yang 'buta
perkauman'.
Hal itu ditegaskan oleh Ahli
Parlimen Selayang selama 3 penggal William Leong Jee Keen kepada pemimpin dan
anggota KEADILAN dalam Majlis Penghargaan Pimpinan Akar Umbi dan Sukarelawan
Banjir KEADILAN di Shah Alam, semalam.
Bagi William, teras kepercayaan
rakyat itu perlu diteruskan oleh pemimpin parti dalam keadaan persempadanan
pilihan raya yang meletakkan semakin banyak kawasan majoriti Melayu berbanding
dahulu.
"Bagaimana anda boleh jadi
calon kalau berfikir seperti MIC hanya memberi penerangan kepada kaum India dan
hanya kaum India sahaja yang cari anda untuk selesai masalah, bukan Cina, bukan
Melayu. Tidak ada kawasan majoriti India (di Malaysia).
"Anda perlu jadi pemimpin
untuk semua, tokong Cina ada masalah, sekolah Melayu ada masalah, kena bantu,
jangan isu satu kaum sahaja. Sampai pengundi di kawasan itu bukan lihat anda
sebagai pemimpin kaum tetapi mereka lihat ini pemimpin KEADILAN untuk semua.
Baru layak jadi calon.
"Sistem kita tak sama
dengan BN. Kawasan Melayu Umno ambil, kawasan Cina MCA ambil. Kawasan tradisi
MIC diberikan kepada mereka. Kalau anda semua tak tukar jadi pemimpin semua
kaum, kita ada masalah.
"Kawasan saya kini jadi
majoriti Melayu, Umno mahu ambil balik dari MCA untuk berlawan. Kalau ini
berlaku, parti cari calon yang boleh menang. Kita tidak boleh salahkan parti
kalau parti melihat (orang) ini pemimpin Cina sahaja atau India sahaja,
(KEADILAN) tak boleh menang," katanya.
Menurut Wiliam lagi, pengalaman
beliau dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, ada bilik gerakan yang
menyaksikan perbalahan ahli lama dan ahli baharu dari MIC. Waktu singkat,
katanya, harus digunakan untuk berkerja memenangkan kawasan bukan saling
bercakaran.
Begitu juga pengalaman awal
beliau dalam parti pada 2007 sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin dan menyaksikan
banyak pergaduhan yang tidak produktif serta mengurangkan keyakinan rakyat.
Hal itu, tegas Wiliam mesti dihentikan
oleh generasi baharu pimpinan untuk menuju kemenangan dalam pilihan raya
Selain itu, parti juga perlu
dilihat kuat oleh komponen Pakatan Harapan supaya pemimpin selain Melayu akan
dilantik sebagai Exco atau Menteri sekiranya PH menang di peringkat negeri atau
Persekutuan.
"Bila kita tidak kuat kita
akan rugi. Walaupun kita menjadi kerajaan anda akan rugi. Tengok Selangor 3
penggal menang. Penggal pertama kita ada Xavier sebagai Exco (jaga kaum India),
lepas itu tidak.