Tokoh ini hari ini sedang diuji hanya kerana beliau lantang bangkit mempertahankan sunnah Nabi.
Tokoh ini hari ini sedang dicaci hanya kerana beliau menentang kelompok yang suka menyebarkan hadis palsu.
Tokoh ini hari ini dilabel dengan pelbagai gelaran yang jelek hanya kerana beliau mengajak masyarakat mengamalkan sunnah Nabi dan meninggalkan amalan² karut marut.
Kebenaran tetap mengalahkan kebathilan.
Sabda Nabi :
“ Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi.
Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk.
Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bidaah) yang dibuat-buat kerana sesungguhnya semua bidaah itu adalah sesat. ”
(HR Ibnu Majah No: 42)
Saya bersama beliau.
Saya bersama dengan ulama'² dan asatizah yang membawa umat hari ini ke "kanan" mengikut jalan Nabi.
Semoga Allah memberi taufiq dan kekuatan buat
Dr Rozaimi Ramle dalam menempuh cabaran yang sukar hari ini.