TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA*

 *Bismillah*



*TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA*

Cikgu Azmi


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:


Pegawai polis ( 57%),

Pemungut Hasil ( 48%),

Ahli Majlis Tempatan (48%),

Pejawat Awam (45%),

Penggubal Undang-Undang (41%),

Hakim (33%), dan

Pemimpin agama (31%)



Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?


Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:


1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.


2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.


3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.


4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.


5. Pada tahun 1990, seramai  80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.


6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.


7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.


8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.


9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kolam  udang. 


10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.


11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.


12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.


Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.


Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!...


https://www.facebook.com/249585941816545/posts/4197893563652410/


Nota kecil untuk renongan kita semua 


Elok selepas saja UMNO ambil alih Kerajaan Di Putrajaya nanti kita  wajib memperbetul kan kembali semua pekara di atas sebelum  Bangsa Melayu terus merepat  di bumi sendiri bagaimana senikata lagu *anak kecil main apa* 


Saya di tanya oleh PM semasa MPM bertemu dia tempoh hari berkaitan pegangan Tanah Simpanan Melayu dan saya jawab di WP dah tinggal 3 peratus dan Seluruh Negara tinggal 20 peratus saja dan saya kata juga pada PM bahawa di Negeri saya Perlis pun ada pembangunan di bandar quota pada Bukan Melayu di naikkan pada 70 peratus pada Bukan Bumiputra atas pembangunan Tanah Simpanan Melayu dan bagitu juga di Negeri Negeri lain dan the net result Bangsa Melayu akan bukan saja hilang tanah simpanan dia malahan akan hilang kuasa politik sebagaimana berlaku di Selangor PPinang dan Perak serta Negeri Sembilan dan Johor  di mana semua tempat tempat ini Pengundi Melayu 40/50/60 peratus yang mengakibat kan Undi Bukan Melayu menjadi undi Penentu nya.

Untuk makluman kawan kawan di Johor semua kawasan on average ada lah 54 peratus Undi Melayu dan 46 peratus ada lah undi bukan Melayu dan on paper kita tidak boleh berasa terlampau yakin dan usaha wajib di tingkat kan menumpu pada Undi Bangsa China India untuk meraih undi.

Apa yang berlaku di Johor ini dan Selangor dan lain lain ini ada lah atas arahan Si Tua tu lah yang membuat dasar ketika itu bagi *persempadan semula dengan bengkang bengkok macam ular lidi  semoga Pengundi Melayu tidak lebih 70/80 peratus dan akhir nya Si Bangsa Pendatang menjadi power broker pada setiap pilihanraya yang di ada kan* .


Oleh itu mari lah semua Bangsa Melayu ku bangkit beristiqamah dan bersatu padu semoga Kuasa UMNO di kembali kan dan  pemimpin pemimpin yang akan di pilih kelak berkerja seiklas nya dan perbetul kan segala *shortcoming terdahulu* dan membawa agenda memperkasa kan kembali Bangsa Sendiri.

Senang bercakap tapi dia nya perlu political will untuk di laksana kan.

Sebelum saya berhenti menulis ketika ini renong lah apa berlaku pada Melayu Islam Champa di mana tanah milik mereka yang mereka milikki turun temurun telah di halau keluar dan akhir nya tinggal lah Rumpun Melayu itu berumah  di tepi lautan waima Surau tempat bersolat juga atas lautan dan yang menyedihkan mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Bagitu juga saya maseh ingat apa yang di sebut oleh Allahyarham Pak Hj Suleiman Palestin bekas Speaker  Dewan Undangan Negeri Pulau  Pinang pada saya hang Shahbudin tengok lah Shahbudin satu hari nanti Melayu Pulau Pinang akan tinggal dalam laut sebab kerajaan Bawah pimpinan Lim Chong Yew dari Parti  Gerakan China  ini mana nak bantu Melayu dan asyik ambik tanah tanah orang Melayu saja dan satu hari nanti Melayu duduk merepat dalam laut.Apa kata Pak Hj Suleiman tu kita boleh lihat tetapi tak lah tinggal di laut lagi tapi banyak Melayu Pulau Pinang berhijrah ke Sungai Petani atau ke Negeri lain untuk memilikki rumah yang mampu di beli dan mencari rezeki masing masing .

Kata kata Pak Haji Suleiman Itu telah di report kepada Late PM ketika itu dan PM ketika itu Tun Hussein Onn telah memanggil Pak Hj dan telah di beri amaran keras supaya tutup mulut dan jaga hati Parti Gerakan  dan pengundi China yang mengetuai Kerajaan ketika itu.Pada akhir cerita nya mana pergi Parti Gerakan ketika BN tewas pada PRU ke 14 lepas ? China tetap China dan yang penting mereka pasti jaga kepentingan Bangsa mereka dan apabila kita nak tenggelam depa tinggal kita semua .Ini semua sejarah yang kita lalui dan saya merayu pada Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid dan Tok Mat Hasan Dan lain lain pimpinan BN waspada lah memilih kawan kerana dalam * *politik ini tiada ada kawan yang kekal melainkan ada common interest dan jika mereka mereka yang dah ada tercalar dengan episode loncat meloncat serta ada juga ibarat musang berbulu ayam juga wajib di ketepikan dan jangan jadi ibarat pepatah Melayu mengatakan pisang berbuah dua kali*




Nota kecil:-


Shahbudin Embun

Exco Kelab Sahabat N87 Malaysia 

15/2/2022

7.07 am 

Jalan Putra PWTC 


Salinan 

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ..Lembaga Penasehat 1

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ..Lembaga Penasehat 2

Dato Seri Presiden dan Dato Timbalan Presiden 

Dato Rahim A Rahman SUA 

Para Exco Exco 

Semua ahli ahli 

End