1. Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine adalah perkembangan yang mengejutkan dalam era moden ini dengan potensi implikasi konflik global yang lebih luas dengan kemungkinan perang dunia ke-3.
2. Amanah mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Ukraine oleh Rusia yang merupakan kuasa besar dunia.
3. Amanah merayu agar semua pihak menghentikan sebarang tindakan perang kerana nyawa orang awam yang tidak bersalah terancam.
4. Selain Rusia dan Ukraine, pihak lain seperti Amarika Syarikat, NATO dan negara jiran lain mesti mencari jalan untuk menyelesaikan pertikaian dan mengelakkan pertumpahan darah yang berterusan berlaku.
5. AMANAH menegaskan Rusia harus menghentikan permusuhannya terhadap Ukraine, pada masa yang sama, Amarika Syarikat dan NATO juga harus mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang berpotensi provokatif yang mendesak Ukraine menyertai NATO, yang menjadi punca kebimbangan mendalam oleh Rusia.
6. Diplomasi dan kompromi adalah jalan ke hadapan dan penyelesaian yang ideal kepada kesusahan semasa.
7. Konflik dan peperangan yang berterusan akan memberi kesan negatif yang meluas ke atas ekonomi dunia yang sudah bergelora dengan kesan pendamik Covid
8. Harga minyak dan gas, makanan am serta barangan lain sudah meningkat dengan mendadak. Rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada semua pihak mesti diberi perhatian oleh semua pihak. Kerajaan Malaysia harus membuat representasi yang kuat kepada semua pihak yang berkaitan untuk mematuhi sekatan dan kembali ke meja rundingan.
9. Ekonomi seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah cukup menderita sejak pendemik Covid-19, dan kita tidak mampu menanggung satu lagi bencana global untuk melumpuhkan ekonomi dunia dengan satu lagi krisis kemanusiaan di Eropah.
Datuk Seri Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden AMANAH
Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH