Malaysia ada 3 PM, Jepun ada 4 PM apa nak hairan?
PAS buktikan kekuasaan mereka politik ‘mudah’
RAKYAT MALAYSIA KENA BELAJAR SEJARAH JEPUN
Semalam saya menulis adakah perlu kita terlalu akademik dlm
kempen pilihanraya. Saya berhujah tidak perlu kerana majoriti pengundi Melayu
mereka mahu yg mudah difahami atau straightfoward.
Mcm tgk movie mereka pilih tonton filem Sembilu sb ceritanya
mudah. Bercinta dan konfliknya ada org ketiga. Kemudian org Melayu suka tgk
hero bermotorsikal kuasa tinggi, lafaz cinta atau lafazkan perpisahan di
Cameron Highland atau Genting Highland… Formula ini byk diambil dari kejayaan
filem Azura.
Ya pemimpin2 kita bercerita soal korupsi, soal 1MDB, soal
defisit belanjawan, pasal laporan GFI RM889 billion wang haram telah mengalir
keluar dalam tempoh 8 tahun (2000-2008), kertas Pandora RM 1.8 trillion wang
rakyat di bawa keluar ke pusat kewangan luar pesisir pantai dan mcm2 lagi.
Nampak level kayangan atau bicara bijak pandai secara
intelektual. Tapi kita tak belajar sejarah semua sutradara yg melahirkan filem
bermutu, penuh artistiknya dan kritikal gagal. Begitulah juga pengundi2 Melayu
luar bandar.
Pemimpin PAS mudah sahaja mereka berkempen…Naik atas pentas
jerit takbir…cukup kata UMNO kafir, DAP ektrimis, PKR penipu dan Amanah barua
DAP. Walaupun hujah mereka ini semua fakta borak kedai kopi tapi sgt berkesan
pada pengundi Melayu luar bandar.
Buktinya PAS berjaya menguasai Kelantan, Terengganu dan
Kedah…Sebab apa? Sebab itulah daya pemikiran org2 kita. Pemikiran intellectual
hanya berlaku di kawasan bandar. Bab politik kita lihat siapa lebih bijak? ‘Jgn
disangka Malaysia tanpa salji tiada wakil Olimpik musim sejuk’.
Sebab itu selalu saya katakan bacalah buku dan pandangan
Abdullah Mursyi, Za’aba, Hamka, Prof Engku Aziz, Prof Syed Hussain Al Attas dan
Saujana Barat dan Kolonial British seperti Wright & T. H. Reid, Frank
Swentteham, Hugh Clifford dan ramai lagi. Bila kita khatam dgn mudah kita kenal
bangsa kita.
Sebab itu juga saya suruh ulas isu KWSP, booster, pencen dan
kemahuan anak2 muda. Semalam juga saya ada mengulas sedikit mengenai penggunaan
ayat korupsi. Rata2 rakan2 bersetuju ayat rasuah itu lebih terkesan di hati org
Melayu. Kenali bangsa kita jadi mudah kita nak kempen pilihanraya.
Kita kena jadi mcm org UMNO… mereka tahu sasaran pengundi
mereka. Bila berceramah di kampung dia kata tanpa UMNO org Melayu akn menjadi
hamba pada tanahnya sendiri. Tapi bila ceramah dlm Dewan MCA… PM guna slogan 1
Malaysia.
Sebab itu saya pernah menulis PH melalui PKR dan Amanah mesti
dilihat parti hero Melayu. Angkat isu2 kepentingan org Melayu. Utk pengundi
Cina biar DAP uruskan. Kita mesti mainkan posisi masing2.
Terbaru Malaysia adalah negara terendah di Asia Tenggara yg
menerima FDI. Utk kita yg memahami situasi ini ia sgt memalukan, menyedihkan
dan menakutkan utk masa depan negara.
Semua ini berlaku kerana dua faktor utama iaitu rasuah dan
ketidakstabilan politik negara. Kita kena belajar dari 3 negara iaitu China,
Jepun dan Turki. China dan Turki pernah menjadi kuasa dunia.
Namun keduanya lumpuh pada abad ke 19. Empayar Qing China
digelar ‘ Sick Man Of Asia’ dan Turki yg dikenali Khilafah Uthamaniah digelar
‘Sick Man Of Europe’.
Namun China dari negara yg dianggap sinonim negara yg miskin
hingga mudah dijajah Jepun bangkit sejak 1992. Antara formula mereka ialah
menghapuskan rasuah.
Bermula dgn polis2, kakitangan kerajaan hinggalah kpd Menteri
mereka ditangkap kerana rasuah. Mereka putuskan perasuah dihukum tembak sampai
mati. Nanti kita bicarakan dgn terperinci di isu yg lain kebangkitan China.
Turki juga sdg bangkit apabila Erdogan mengambil alih kerajaan.
Jepun jarang kita pelajari atau ketika itu kita kurang ambil
peduli mengenai politik Jepun. Kita jgn ingat di Malaysia sahaja kita mempunyai
3 PM utk satu penggal. Di Jepun antara tahun 1993-1996 mereka mempunyai 4 PM
akibat ketidakstabilan politik.
Kes mereka hampir sama dgn kita apabila berlaku pergelutan
politik hingga kerajaan hilang majoriti. Impaknya sama yg dirasai oleh negara
kita apabila ekonomi kita menjunam hingga Indonesia jauh meninggalkan kita.
Begitulah juga Jepun kesan perebutan kuasa… China dan Korea
terus mengejar ekonomi Jepun… sehingga China akhirnya mengatasi Jepun dan Korea
menghampirinya.
Apabila kerajaan Jepun bertukar tukar, PM baru juga sentiasa
menukar dasar ekonomi hingga negara itu terjerumus kemelesatan ekonomi. Byk
kilang2 ditutup hingga hilang ratusan ribu peluang pekerjaan. Ini semua kerana
tiada kestabilan politik sepertimana dihadapi negara kita skg ini.
Kita boleh jelaskan kpd org2 kampung dgn pendekatan mudah.
Contoh beritahu ‘Pakcik2 wang 1 trillion itu kita boleh bina rumah percuma utk
100 ribu rakyat miskin. Kita boleh bina lebuh raya percuma, pembelajaran anak
secara percuma….bla bla. Saya suka pendekatan Saifuddin Nasution ‘tenang &
jelas dgn fakta.
Apapun yg penting seperti saya katakan semalam isu2 populis org
Melayu jika PH tak sokong kita hanya dpt undi popular di kalangan penduduk
bandar sampai bila2. Kita hanya mengharap PAS akn menerima taufik dan hidayah
utk kembali kpd PH utk mendapat undi luar bandar.
BERSAMBUNG