Kebanyakan watak pemimpin di dalam UMNO adalah penjenayah kolar
putih. Mereka pasti sudah maklum bahawa rakyat menolak pemimpin yang tiada
integriti. Tetapi di dalam UMNO, mereka masih lagi mengangkat pemimpin yang
tidak bersih ini menjawat jawatan di dalam MT UMNO. Ke mana pemimpin ‘bersih’
UMNO? Kenapa tidak diangkat sahaja mereka. Adakah UMNO masih lagi selesa
mengekalkan politik kotor?
UMNO tidak
berani melakukan perubahan. Zahid bukan mahu UMNO mendominasi dunia politik,
tetapi dia yang mahu mendominasi politik UMNO. Pemimpin akar umbi yang lain
seperti Asyraf Wajdi pula telah dipupuk serta diindoktrinasi dengan semangat
dan kesetiaan kepada presiden dan parti sehingga semangat ketaksuban itu
menjadi negatif. Setia secara membuta tuli dan menghayati sindrom penafian
diluar kewarasan akal.