Pengisytiharan muflis oleh syarikat perjudian Genting Hong Kong
turut mengheret tiga bank Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kerajaan: CIMB
Bank, Maybank dan RHB Bank yang dilaporkan meminjamkan RM2.51 bilion kepada
Genting Hong Kong.
Sebelum ini Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat
Anwar Ibrahim meminta penjelasan bagaimana pinjaman itu dibuat tanpa jaminan.
Rakyat Malaysia tentu tertanya-tanya ketika individu dan
syarikat kecil dan sederhana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman.
Ketika PKP banyak bank menolak untuk memanjangkan moratorium
kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
Bandingkan situasi rakyat serta syarikat kecil dan sederhana
dengan Genting Hong Kong yang mendapat RM2.51 bilion. Ini sama dengan 251,000
rakyat biasa mendapat pinjaman RM10,000 daripada bank-bank berkaitan kerajaan
ini.
Namun kegagalan syarikat perjudian ini akan menimbulkan kesan
besar kepada bank-bank peminjam dan seterusnya pemegang saham utama mereka -
dana kekayaan berdaulat milik kerajaan Khazanah Nasional (CIMB), agensi
pelaburan Bumiputera PNB (Maybank) dan skim persaraan pekerja swasta KWSP (RHB
Bank).
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA