Penunggang buat aksi wheelie
..........................
Tunggang
280km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang
GEORGE
TOWN – Tindakan sekumpulan individu menunggang motosikal berkuasa besar secara
berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai
Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat sini mengundang kecaman netizen selepas video
aksi itu tular hari ini.
Rakam
berdurasi kira-kira 45 saat itu yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan
penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat
tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.Manakala sebahagian sedutan
video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang
menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).
Kumpulan
terbabit yang tidak melalui lorong motosikal dipercayai dalam perjalanan dari
arah pulau menuju ke Seberang Perai.
Rata-rata
pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mengecam tindakan itu
apabila menganggapnya sebagai aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna
jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE